Kuasai Strategi Jualan Digital
Program Peningkatan Kemahiran & Pendigitalan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
Sertai Bengkel Latihan Program Peningkatan Kemahiran & Pendigitalan PKS, sebuah inisiatif yang ditaja sepenuhnya oleh Maybank dan TikTok.
Program ini direka khas untuk memperkasakan perniagaan anda dalam pasaran digital. Rebut peluang untuk menjadi sebahagian daripada 50 peserta terbaik yang akan layak ke Program ‘Accelerator’ selama 6 bulan yang lengkap dengan bimbingan, sokongan dan panduan langsung daripada TikTok Shop.
			


