Back

RM100 eMADANI

Inisiatif terbaharu untuk memperkasakan rakyat Malaysia

Click here for English

Apa itu RM100 eMADANI?


eMADANI ialah inisiatif daripada kerajaan untuk penerima yang layak dengan pendapatan tahunan di bawah RM100,000. Program ini dianggarkan memberi manfaat kepada kira-kira 10 juta rakyat Malaysia dalam bentuk kredit e-dompet RM100 yang boleh digunakan untuk pembelian dalam perniagaan bata dan mortar melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian.

Bilakah tarikh untuk penebusan RM100 eMADANI?


Tempoh penebusan eMADANI RM100 adalah dari 4 Disember 2023 sehingga 20 Februari 2024.

Siapakah yang layak menerima kredit RM100 eMADANI ini?


Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia; dan
  2. Mencapai umur 21 tahun ke atas pada tahun 2023; dan
  3. Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023
    ATAU mempunyai pendapatan berjumlah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pada 15 Julai 2023.

Bagaimanakah cara untuk menebus RM100 eMADANI melalui aplikasi MAE?


Sila ikuti langkah-langkah berikut untuk menebus RM100 eMADANI melalui aplikasi MAE:

Langkah 1: Lancarkan aplikasi MAE

Langkah 2: Tekan ikon ‘eMADANI’ di halaman utama

Langkah 3: Lengkapkan maklumat anda dan tekan ‘Submit’

Langkah 4: Anda akan terima notifikasi apabila penebusan eMADANI RM100 anda berjaya!

Di manakah RM100 eMADANI boleh dibelanjakan?


RM100 eMADANI hanya boleh digunakan untuk membuat pembayaran fizikal kod QR di mana-mana peniaga seluruh negara, termasuk peniaga-peniaga kod DuitNow QR dari bank-bank dan e-dompet yang mengambil bahagian. RM100 eMADANI tidak boleh digunakan untuk transaksi yang disenaraikan di bawah: 

  • Pemindahan rakan ke rakan
  • Penebusan tunai
  • Pembayaran bil utiliti yang disepadukan dengan aplikasi e-tunai
  • Bayaran yuran berkaitan kerajaan yang disepadukan dengan aplikasi e-tunai
  • Bil pasca bayar dan prabayar telekomunikasi yang disepadukan dengan aplikasi e-tunai
  • Pembelian permainan yang disepadukan dengan aplikasi e-tunai
  • Pembayaran parkir dan/atau tol yang disepadukan dengan aplikasi e-tunai 
  • Aktiviti berkaitan pelaburan yang disepadukan dengan aplikasi e-tunai transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian 
  • Transaksi QR merentas sempadan

Bagaimanakah carauntuk menggunakan RM100 eMADANI ketika pembayaran?


Terdapat dua cara pembayaran menggunakan kod QR yang boleh dilakukan melalui aplikasi MAE. Anda boleh mengimbas kod QR peniaga atau tunjukkan kod QR anda kepada peniaga untuk diimbas melalui Scan & Pay.

Apakah promosi yang sedang berlangsung?


Buat masa yang terhad, anda berpeluang memenangi hadiah lumayan seperti Proton S70 baharu, Proton Exora, hadiah wang tunai dan banyak lagi apabila anda menebus RM100 eMADANI melalui aplikasi MAE. 

Berikut adalah maklumat mengenai kempen ini.

Kempen: Tebus RM100 eMADANI, Belanja dan Menang

Tempoh Kempen: 4 Disember 2023 - 29 Februari 2024.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman kempen di sini.

Soalan-soalan Lazim


Klik untuk Soalan-Soalan Lazim RM100 eMADANI yang penuh. BM | EN

Terma dan Syarat


Klik untuk Terma & Syarat yang penuh. BM | EN