Click here for English
Click here for English
Zakat adalah rukun Islam yang keempat dan merupakan kewajiban bagi setiap Muslim untuk menyerahkan sebahagian dari harta kekayaan mereka yang berasal dari sumber yang baik kepada golongan yang memerlukan dan berhak menerimanya.
Maybank Islamic Auto Debit untuk Zakat Simpanan & Pelaburan adalah sebuah perkhidmatan yang memudahkan penunaian kewajipan zakat. Dengan kemudahan Auto Debit untuk Zakat Simpanan & Pelaburan yang boleh diakses melalui laman web Maybank2u dan aplikasi MAE, zakat akan dihitung dan dibayar secara langsung dari akaun tanpa kos tambahan.
Kelebihan sistem pengiraan ini adalah mengelakkan kesilapan dalam pengiraan zakat. Selain itu, ia membolehkan penggabungan semua pembayaran zakat untuk Akaun Patuh Syariah dalam satu penyata.
Auto Debit untuk Zakat Simpanan & Pelaburan kini tersedia untuk akaun semasa dan simpanan Maybank Islamic yang terlibat, termasuk Daily Fund-i, Term Deposit, dan Term Fund-i.
Siapa yang boleh memohon?
Nota: Ciri ini tidak tersedia untuk pemegang akaun bersama, rakyat asing, Pemilikan Tunggal, Kelab dan Persatuan.
Akaun-akaun yang layak untuk ciri baharu ini adalah seperti yang disenaraikan di bawah:
Akaun-akaun yang layak untuk ciri baharu ini |
||
Akaun Simpanan & Semasa |
Daily Fund-i |
Deposit Berjangka-i & Term Fund-i |
|
|
|
Rujuk langkah demi langkah di bawah untuk cara mengaktifkan Auto Debit untuk Zakat Simpanan & Pelaburan:
Melalui laman web Maybank2u
Melalui aplikasi MAE
Setiap tahun, Zakat Simpanan & Pelaburan akan dikira pada 31 Oktober dan potongan akan dibuat pada 7 November. Jika baki tidak mencukupi pada tarikh potongan pertama, potongan kedua akan dilakukan dalam masa 7 hari kalendar berikutnya (14 November). Tiada yuran perkhidmatan yang dikenakan kepada pelanggan.
Maybank Islamic Berhad menawarkan dua kaedah pengiraan Zakat Simpanan & Pelaburan, berdasarkan kaedah yang diiktirafkan dan digunakan oleh Agensi Zakat yang terlibat, yang sama atau melebihi jumlah minimum Nisab pada akhir Haul (hujung tempoh penyempurnaan simpanan) pada 31 Oktober setiap tahun. Maklumat terperinci adalah seperti berikut:
Berdasarkan Jumlah Baki Akhir Akaun |
Berdasarkan Jumlah Baki Terendah Akaun |
---|---|
= Jumlah Baki Akhir Akaun pada 31 Oktober x Kadar Zakat (2.5%) |
=Jumlah Baki Terendah Akaun 31 Oktober x Kadar Zakat (2.5%) |
Pengiraan berdasarkan Jumlah Baki Akhir:
Jenis Akaun | Tarikh & Tahun Dibuka | Baki pada 31 Oktober 2023 (RM) |
---|---|---|
Savings Account-i |
1 Mac 2014 |
10,000 |
Private Banking Account-i |
1 Mac 2018 |
70,000 |
Islamic Fixed Deposit-i |
1 Mac 2023 |
15,000 |
Jumlah (RM) |
95,000 |
|
Taksiran Zakat |
95,000 x 2.5% = 2,375 |
Pengiraan berdasarkan Jumlah Baki Terendah:
Sebelum Tahun Taksiran Zakat |
Tarikh & Tahun Dibuka |
---|---|
Current Account-i |
21 Mac 2020 |
Islamic Fixed Deposit-i |
19 September 2022 |
Savings Account-i |
4 Mei 2019 |
Selepas Tahun Taksiran Zakat |
Tarikh & Tahun Dibuka |
- |
- |
Tarikh |
*Baki yang dikekalkan sepanjang tempoh haul 2024 (RM) |
||
Savings Account-i |
Current Account-i |
Islamic Fixed Deposit-i |
|
1 November 2023 |
20,000 |
20,000 |
20,000 |
1 Februari 2024 |
40,000 |
15,000 |
5,000 |
1 Mei 2024 |
20,000 |
7,000 |
9,000 |
6 Julai 2024 |
15,000 |
30,000 |
1,113,000 |
31 Oktober 2024 |
30,000 |
30,000 |
30,000 |
Taksiran Zakat |
15,000 + 7,000 + 5,000 = 27,000 x 2.5% |
||
Jumlah Zakat (RM) |
RM 675 |
*Pada hujung Haul (31 Okt setiap tahun), sistem akan mencari baki terendah untuk setiap akaun dan menambahkannya untuk mengira jumlah zakat.
Agensi Zakat |
Kadar Nisab untuk 2024 |
---|---|
Lembaga Zakat Selangor |
RM27,696 |
Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam WP |
RM24,198 |
Lembaga Zakat Negeri Kedah |
RM30,079.03 |
Zakat Pulau Pinang |
RM 24,200 |
Nota : Nisab adalah jumlah harta yang wajib dimiliki oleh seorang Muslim sebelum dia diwajibkan menunaikan zakat. Nisab ditentukan oleh Agensi Zakat dan mungkin berbeza antara setiap negeri.
Soalan Lazim
1. Adakah perkhidmatan ini wajib untuk semua pelanggan?
Pekhidmatan ini digalakkan kepada pelanggan beragama Islam kerana zakat simpanan dan pelaburan adalah levi wajib ke atas setiap orang Islam yang mempunyai harta yang menyamai atau melebihi Nisab minimum.
2. Adakah semua pelanggan yang akaunnya layak untuk dinilai akan dikenakan Zakat Auto Debit?
Tidak, hanya pelanggan yang mempunyai jumlah simpanan dan pelaburan bersamaan atau melebihi Nisab yang telah ditetapkan untuk tempoh tertentu akan dikenakan kutipan zakat.
3. Adakah perkhidmatan ini untuk Akaun Patuh Syariah sahaja?
Ya, perkhidmatan ini hanya tersedia untuk Akaun Patuh Syariah sahaja. Sekiranya pelanggan mempunyai kedua-dua kategori Akaun Patuh Syariah dan Konvensional, maka hanya Akaun Patuh Syariah yang akan dinilai untuk kutipan zakat.
4. Adakah pelanggan akan dikenakan bayaran untuk perkhidmatan ini?
Tidak, para pelanggan tidak akan dikenakan sebarang yuran perkhidmatan.
Klik di sini untuk Soalan Lazim tentang Auto Debit untuk Zakat Simpanan & Pelaburan
Klik di sini untuk Terma & Syarat Auto Debit untuk Zakat Simpanan & Pelaburan
Klik di sini untuk PDS Auto Debit untuk Zakat Simpanan & Pelaburan
Maybank Islamic ialah ahli PIDM. Perlindungan PIDM tertakluk pada kriteria yang boleh diinsuranskan. Sila rujuk senarai deposit yang diinsuranskan melalui laman web Maybank2u untuk maklumat lanjut.