Perlindungan Perlindungan Hasad adalah ciri keselamatan pencegahan pada aplikasi MAE yang akan mengesan secara automatik dan memberitahu anda mengenai malware serta tetapan kebenaran yang berisiko pada peranti anda setiap kali anda membuka aplikasi MAE. Ciri keselamatan ini menyediakan perlindungan tambahan daripada transaksi yang tidak sah dan pengalaman perbankan dalam talian yang lebih selamat.
Note: Maybank tidak mengakses, mengumpul, memproses, atau menyimpan sebarang maklumat peribadi daripada aplikasi yang dipasang pada peranti anda melalui ciri ini. Maklumat perbankan dan data peribadi anda kekal dirahsiakan dan dilindungi.