Back

Pengaktifan Mod Pembangun (Developer Mode) Boleh Membahayakan & Menambah Risiko Pada Peranti Anda

Ketahui bagaimana pengaktifan Mod Pembangun pada peranti anda boleh membahayakan aplikasi MAE atau akaun anda serta cara untuk melindungi diri anda.

Anda dimaklumkan bahawa Mod Pembangun telah diaktifkan pada peranti anda? Ini sebabnya


Jika anda tidak dapat mengakses aplikasi MAE anda dan ternampak skrin di bawah, ini bermakna kami telah mengesan bahawa anda telah mengaktifkan Mod Pembangun pada peranti anda. Hal ini boleh membahayakan aplikasi MAE atau akaun anda.

Apakah 'Mod Pembangun'?


'Mod Pembangun' atau ‘Developer Mode’ merupakan tetapan (biasanya tersembunyi) pada telefon anda yang digunakan untuk mengakses tetapan peranti yang lebih lanjut. Apabila anda mengaktifkan mod ini pada peranti anda, ia membolehkan anda memuat turun aplikasi daripada sumber yang tidak disahkan atau digunakan untuk meningkatkan prestasi peranti anda.

Bagaimana ia membahayakan anda


Menggunakan peranti yang mempunyai Mod Pembangun yang aktif akan membahayakan aplikasi dan akaun MAE anda kerana ia membolehkan anda memuat turun aplikasi yang tidak sah pada peranti anda. Mod ini juga membolehkan anda mengelak ciri keselamatan, dan kemudiannya membuka ruangan untuk serangan perisian hasad, sekali gus menjejaskan keselamatan peranti anda.

Bagaimana anda boleh melindungi diri dan tingkatkan keselamatan anda


Jika anda telah dimaklumkan bahawa Mod Pembangun pada peranti anda diaktifkan, berikut adalah beberapa kaedah yang boleh anda lakukan untuk melindungi diri anda:


Matikan Mod Pembangun dengan segera (Disyorkan)

Ikut langkah-langkah berikut untuk mematikan Mod Pembangun pada peranti anda:


Langkah 1: Pergi ke 'Settings' pada peranti anda

Langkah 2: Skrol ke bawah dan tekan 'Developer Options' (Anda hanya akan melihat ini jika anda sudah mengaktifkan Mod Pembangun)

Langkah 3: Togol butang ke 'Off' dan anda sudah selesai!


Teruskan menggunakan aplikasi MAE anda dengan berhati-hati

Jika anda tidak mahu mematikan Mod Pembangun pada peranti anda, anda masih boleh terus menggunakan aplikasi MAE anda. Walau bagaimanapun, kami menasihati anda untuk berhati-hati kerana ini boleh membahayakan peranti anda.

Soalan Lazim


  1. Aplikasi MAE saya telah memaklumkan saya bahawa Mod Pembangun pada peranti saya telah diaktifkan. Apakah maksudnya?
    Ini bermakna anda telah mengaktifkan Mod Pembangun pada peranti anda dan ini boleh membahayakan aplikasi MAE atau akaun anda. 
  2. Aplikasi MAE saya telah memaklumkan saya bahawa Mod Pembangun pada peranti saya telah diaktifkan. Apa yang perlu saya lakukan?
    Untuk melindungi wang dalam akaun anda, segera matikan Mod Pembangun dalam tetapan peranti anda. Cara untuk mematikannya bagi peranti Android: pergi ke 'Settings' > Skrol ke bawah dan tekan 'Developer Options' > Togol butang ke ‘Off’ untuk mematikan ciri tersebut.
  3. Saya mempunyai transaksi penting untuk dibuat tetapi saya tidak dapat mengakses aplikasi MAE saya. Apa yang perlu saya lakukan?
    Jika anda mempunyai transaksi penting untuk dibuat, kami cadangkan anda untuk pergi ke cawangan Maybank terdekat untuk membuat transaksi anda.
  4. Saya telah mematikan Mod Pembangun pada peranti saya tetapi saya masih tidak dapat mengakses aplikasi MAE saya. Apa yang perlu saya lakukan
    Sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Maybank (MGCC) di 1-300-88-6688 (tempatan) atau +603 7844 3696 (luar negara) untuk mendapatkan bantuan atau e-mel kami di mgcc@maybank.com.
  5. Adakah aplikasi MAE menyimpan data atau maklumat daripada peranti saya semasa ia menjalankan imbasan keselamatan?
    Sila ambil maklum bahawa aplikasi MAE (atau Maybank) tidak mempunyai keupayaan untuk mengakses data peranti anda atau menyimpan sebarang maklumat peribadi daripada aplikasi yang dimuat turun pada peranti anda.
  6. Saya syak bahawa akaun Maybank2u saya telah diusik atau digodam. Apa yang perlu saya lakukan?
    Jika anda syak anda telah ditipu, segera hubungi Talian Bantuan Penipuan Maybank di 03-5891 4744 atau Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di 997 dan buat laporan polis.