Klik di sini untuk English.
Ketahui cara aplikasi merbahaya boleh mengancam aplikasi atau akaun MAE anda dan ketahui cara untuk melindungi diri anda.
Klik di sini untuk English.
Jika anda tidak dapat mengakses aplikasi MAE dan ternampak skrin di bawah, ini bermaksud kami telah mengesan bahawa anda telah memuat turun aplikasi merbahaya pada peranti anda, yang boleh mengancam keselamatan aplikasi MAE atau akaun anda.
Aplikasi merbahaya atau ‘Malicious App’ merupakan aplikasi yang kami telah sahkan sebagai aplikasi berisiko dan boleh mengancam keselamatan perbankan dalam talian anda.
Menggunakan aplikasi merbahaya pada peranti anda merisikokan aplikasi atau akaun MAE anda kerana aplikasi ini boleh:
Sebaik sahaja kami mengesan bahawa anda telah memuat turun aplikasi merbahaya pada peranti anda, anda tidak akan dapat menggunakan aplikasi MAE. Langkah ini akan menghalang anda daripada log masuk dan melakukan transaksi pada aplikasi, justeru melindungi wang dalam akaun anda.
Jika anda telah dimaklumkan bahawa anda telah memuat turun aplikasi merbahaya pada peranti anda, segera keluarkan aplikasi tersebut daripada peranti anda. Kemudian, buka aplikasi MAE anda sekali lagi.
Aplikasi MAE saya telah memaklumkan saya bahawa saya telah memuat turun aplikasi merbahaya. Apakah maksudnya?
Ini bermakna kami telah mengesan bahawa anda telah memuat turun aplikasi merbahaya pada peranti anda dan aplikasi tersebut boleh membahayakan aplikasi atau akaun MAE anda.
Aplikasi MAE saya telah memaklumkan saya bahawa saya telah memuat turun aplikasi merbahaya. Apa yang perlu saya lakukan?
Untuk melindungi wang dalam akaun anda, segera keluarkan semua aplikasi merbahaya daripada peranti anda dan buka aplikasi MAE sekali lagi.
Saya telah mengeluarkan semua aplikasi merbahaya daripada peranti saya tetapi saya masih tidak dapat mengakses aplikasi MAE. Apa yang perlu saya lakukan?
Sila hubungi Khidmat Pelanggan Maybank (MGCC) di 1-300-88-6688 (tempatan) atau +603 7844 3696 (luar negara) untuk bantuan atau e-mel kami di mgcc@maybank.com.
Adakah aplikasi MAE menyimpan data atau maklumat daripada peranti saya semasa ia menjalankan imbasan keselamatan?
Sila ambil maklum bahawa aplikasi MAE (atau Maybank) tidak mempunyai keupayaan untuk mengakses data peranti anda atau menyimpan sebarang maklumat peribadi daripada aplikasi yang dimuat turun pada peranti anda.
Saya syak bahawa akaun Maybank2u saya telah terjejas atau digodam. Apa yang perlu saya lakukan?
Jika anda syak anda telah ditipu, segera hubungi Talian Bantuan Penipuan Maybank di 03-5891 4744 atau Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di 997 dan buat laporan polis.