Back


Tebus RM100 eMADANI anda dengan aplikasi MAE dan menangi hadiah menarik berjumlah RM500,000!

 

Ingin memenangi Proton S70 baharu, Proton Exora, Proton Saga, hadiah wang tunai dan banyak lagi? Anda hanya perlu menebus dan membelanjakan RM100 eMADANI anda dengan aplikasi MAE!

Tempoh kempen: 4 Disember 2023 - 29 Februari 2024

Tempoh penebusan RM100 eMADANI: 4 Disember 2023 - 20 Februari 2024

Cara menebus eMADANI RM100


Tempoh penebusan RM100 eMADANI: 4 Disember 2023 - 20 Februari 2024

Kriteria Kelayakan


RM100 eMADANI boleh ditebus oleh mereka yang mempunyai kriteria seperti di bawah:

  • Warganegara Malaysia
  • 21 tahun ke atas pada 1 Januari 2023
  • Penerima STR (Sumbangan Tunai Rahmah) atau berpendapatan RM100,000 ke bawah setiap tahun berdasarkan rekod LHDN pada 31 Julai 2023

Mereka yang mempunyai kriteria di bawah TIDAK LAYAK untuk menebus RM100 eMADANI:

  • Pekerja kali pertama yang tidak memfailkan cukai mereka dengan LHDN
  • Pesara yang berhenti memfailkan cukai dengan LHDN
  • Menganggur, melainkan mereka adalah penerima Sumbang Tunai Rahmah (STR)
  • Dahulu berpendapatan lebih daripada RM100,000 setahun, tetapi kini gaji tahunan telah dikurangkan kepada bawah RM100,000.

Cara untuk membelanjakan eMADANI RM100


Di manakah RM100 eMADANI boleh dibelanjakan?


RM100 eMADANI hanya boleh digunakan untuk membuat pembayaran kod QR fizikal di mana-mana peniaga yang menerima kod QR MAE atau kod DuitNow QR.

RM100 eMADANI TIDAK boleh digunakan untuk transaksi yang disenaraikan di bawah: 

  • Pemindahan rakan ke rakan
  • Penebusan tunai
  • Pembayaran bil utiliti yang disepadukan dengan aplikasi e-tunai
  • Bayaran yuran berkaitan kerajaan yang disepadukan dengan aplikasi e-tunai
  • Bil pasca bayar dan prabayar telekomunikasi yang disepadukan dengan aplikasi e-tunai
  • Pembelian permainan yang disepadukan dengan aplikasi e-tunai
  • Pembayaran parkir dan/atau tol yang disepadukan dengan aplikasi e-tunai 
  • Aktiviti berkaitan pelaburan yang disepadukan dengan aplikasi e-tunai transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian
  • Transaksi QR merentas sempadan

Belanjakan RM100 eMADANI anda di lebih 700,000 kedai di seluruh negara.


Butiran penyertaan


Lebih banyak penyertaan, lebih tinggi peluang anda untuk menang!

Berikut adalah beberapa langkah untuk meningkatkan peluang anda untuk menang:

Cara Penyertaan

Jumlah Penyertaan

Tebus RM100 eMADANI melalui aplikasi MAE

10x penyertaan

Scan & Pay menggunakan RM100 eMADANI di mana-mana peniaga yang mempunyai kod QR MAE atau kod QR DuitNow di seluruh negara (perbelanjaan minimum RM10)

2x penyertaan

Hadiah-hadiah untuk dimenangi


Hadiah

Jumlah pemenang

Proton S70 1.5T Premium

1

Proton Exora 1.6T Premium CVT

1

Proton Saga 1.3L Premiums S AT

1

Honda 2023 RSX V2

3

Komputer Riba Gaming MSI Katana GF66

3

Samsung Galaxy Z Fold 5

3

Televisyen Pintar Sony X80L Series

3

10g Emas

3

PS5

3

Wang Tunai RM5,000

5

Wang Tunai RM2,000

50

Wang Tunai RM500

250

Menangi hadiah dengan Tap, Track, Win


Nak lagi?

Anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik dengan Tap, Track, Win dengan melengkapkan Tracker di dalam aplikasi MAE.

Baca lebih lanjut di sini.

Terma & Syarat Peraduan


  • Setiap pengguna layak mendapat sepuluh (10) penyertaan apabila mereka menebus RM100 eMADANI menerusi aplikasi MAE.
  • Setiap pengguna layak mendapat dua (2) penyertaan apabila mereka bayar menggunakan RM100 eMADANI melalui Scan & Pay with MAE dengan perbelanjaan minimum RM10.
  • Tempoh peraduan ini adalah dari 4 Disember 2023 hingga 29 Februari 2024. Tempoh penebusan RM100 eMADANI adalah dari 4 Disember 2023 hingga 20 Februari 2024.
  • Baca terma dan syarat yang penuh bagi peraduan ini BM | EN

Tentang RM100 eMADANI


  • Baca soalan-soalan lazim mengenai RM100 eMADANI BM | EN
  • Baca Terma & Syarat penuh RM100 eMADANI BM | EN