Back

myimpact Drive Financing-i

Pembiayaan patuh Shariah untuk kenderaan Perodua yang menawarkan bayaran bulanan yang lebih rendah serta jaminan nilai baki bagi memudahkan urusan tukar beli kenderaan anda

EN BM

Ciri-ciri Produk


Komitmen Lebih Bijak, Lebih Banyak Pilihan dengan myimpact Drive Financing-i Maybank Islamic.

Pandu Perodua baharu dengan bayaran bulanan yang lebih rendah dan pemilikan yang fleksibel. Di tahun ke-5, anda boleh menukar kenderaan Perodua semasa anda kepada model baharu dengan menggunakan jaminan nilai baki untuk mengurangkan bayaran pendahuluan, atau mengekalkan kenderaan anda dengan menyelesaikan baki pembiayaan sepenuhnya atau meneruskan dengan pelan bayaran yang telah disemak semula.

Kelebihan:

  1. Bayaran Bulanan Lebih Rendah
    Nikmati bayaran ansuran bulanan yang lebih mampu milik berbanding pembiayaan kereta standard.
  2. Jaminan Nilai Baki
    Pandu dengan yakin terhadap jaminan nilai kereta anda pada akhir tempoh pembiayaan, tanpa risau tentang susut nilai. Dengan Perodua Fleksiplan, anda boleh menikmati pembelian semula yang kompetitif apabila menaik taraf kepada model baharu.
  3. Menaik Taraf Tanpa Beban 
    Ansuran bulanan yang lebih rendah memudahkan anda untuk beralih ke model baharu.
  4. Pemilikan yang Fleksibel
    Pada tempoh pembiayaan tahun ke-5, anda boleh memilih untuk meneruskan pembayaran, menyelesaikan baki atau menukar beli Perodua baharu.
  5. Sokongan Servis dan Penyelenggaraan yang Berterusan
    Pakej servis kereta mampu milik yang memastikan kenderaan anda sentiasa dalam keadaan optimum.
  6. Perlindungan untuk Anda dan Kereta Anda 
    Pelan perlindungan dapat melindungi semua perkara penting termasuklah diri anda, dan kenderaan anda. Dapat memberi ketenangan dan keselamatan kewangan bila anda memerlukannya.

Tempoh

Tempoh Pembiayaan: 9 tahun

Tahun ke-5 tempoh pembiayaan, anda akan diberikan pilihan seperti berikut:

  1. Naik Taraf: Dapatkan kenderaan baharu dengan Perodua.
  2. Selesaikan: Bayar baki pembiayaan yang tinggal dan kekalkan kenderaan tersebut.
  3. Teruskan: Bayar ansuran bulanan yang telah disemak semula untuk tempoh baki pembiayaan.

Nota: Pilihan-pilihan ini hanya tersedia untuk tahun ke-5 dan tidak akan ditawarkan lagi mulai tahun ke-6 dan seterusnya.

Kemudahan

Pembiayaan Berjangka Kenderaan Murabahah-i (“MVTF-i”)

Kelayakan

Terbuka kepada semua pelanggan individu yang layak dengan bukti sumber pendapatan tetap.

Pandu Lebih Bijak: Bandingkan Pilihan Pembiayaan Kereta Anda


Ketahui apa yang membezakan myimpact Drive Financing-i dan bagaimana ia menawarkan lebih daripada pembiayaan kereta standard.

Item

myimpact Drive Financing-i

Pembiayaan

Sewa Beli Standard /

Al-Ijarah Thumma Al-Bai’ (“AITAB”)

Bayaran Bulanan

Bayaran bulanan rendah sehingga 16% berbanding pembiayaan kereta standard.

Bayaran bulanan tetap sehingga 9 tahun.

Tempoh Pembiayaan

9 tahun, dengan pilihan untuk menaik taraf kereta, menyelesaikan pembiayaan atau meneruskan pembiayaan pada tahun ke-5.

Sehingga 9 tahun.

Pemilikan Kenderaan yang Fleksibel

  1. Naik Taraf: Dapatkan kenderaan baharu dengan Perodua
  2. Selesaikan: Bayar baki pembiayaan yang tinggal dan kekalkan kenderaan tersebut
  3. Teruskan: Bayar ansuran bulanan yang telah disemak semula untuk tempoh baki pembiayaan.

Selesaikan: Bayar baki pembiayaan yang tinggal dan kekalkan kenderaan tersebut.

Risiko Susut Nilai Sepanjang Tempoh Pembiayaan

 

Rendah, jaminan nilai baki yang disokong oleh Perodua.

Tinggi, tiada jaminan nilai baki.

Bantuan Naik Taraf

Nikmati proses tukar beli yang lancar untuk Perodua baharu dengan sokongan daripada Maybank Islamic dan Perodua.

Proses dan pengurusan sendiri untuk menaiktaraf kenderaan anda yang seterusnya.

Pakej Perlindungan

Etiqa Credit Reducing Term Takaful (CRTT”)

Pelan patuh Shariah yang akan menyelesaikan pembiayaan anda sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal menyeluruh.

  • Bayaran pampasan telah ditetapkan sekiranya berlaku Kematian atau Hilang Upaya Kekal Menyeluruh bagi menyelesaikan jumlah pembiayaan kenderaan.
  • Penerimaan automatik untuk jumlah perlindungan sehingga RM400,000; tiada pemeriksaan perubatan diperlukan.
  • Caruman sekali gus untuk perlindungan sepanjang tempoh pembiayaan.

Perodua Total Protect Plus (“PTPP”) Flexi-Takaful Motor

Pelan takaful motor patuh Shariah yang menyediakan perlindungan komprehensif untuk semua kenderaan Perodua dan pemiliknya. Wajib pada tahun pertama pemilikan.

  • Melindungi kerugian atau kerosakan akibat kemalangan, kecurian, kebakaran, dan liabiliti pihak ketiga.
  • Pulangan tunai sehingga 30% di bawah manfaat Etiqa Cash by Driving Less oleh Etiqa General Takaful Berhad.
  • Pengecualian Caj Kelebihan Wajib (Compulsory Excess) untuk pemandu tidak dinamakan, serta perlindungan Kemalangan Diri sebanyak RM10,000 untuk Kematian dan Hilang Upaya Kekal.
  • [Keistimewaan eksklusif]
    Sekiranya berlaku banjir, nikmati perlindungan penuh sehingga RM6,000 — merangkumi RM5,000 untuk pembaikan dan pembersihan di bawah Perlindungan Terhad Risiko Khas, serta Elaun Banjir sebanyak RM1,000 — tanpa menjejaskan Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) anda.

*Caruman takaful hendaklah dibayar oleh pelanggan.

Etiqa Takaful Auto Credit Plan

Pelan patuh Shariah yang akan menyelesaikan pembiayaan anda sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal menyeluruh.

  • Bayaran pampasan telah ditetapkan sekiranya berlaku Kematian atau Hilang Upaya Kekal Menyeluruh bagi menyelesaikan jumlah pembiayaan kenderaan.
  • Penerimaan automatik untuk jumlah perlindungan sehingga RM200,000; tiada pemeriksaan perubatan diperlukan.
  • Caruman sekali gus untuk perlindungan sepanjang tempoh pembiayaan.

 

Model Kereta Tersedia


  • Perodua Aruz Baharu
  • Perodua Ativa Baharu
  • Perodua Myvi Baharu
  • Perodua Axia Baharu (Kecuali Axia E)

Nota: Maybank Islamic myimpact Drive Financing-i hanya tersedia untuk model Perodua yang dilindungi di bawah Flexiplan Perodua.

Mulakan Sekarang!


Cara Memohon Maybank Islamic myImpact Drive Financing-i

Pilihan 1: Mohon di Pusat Pameran Perodua

Langkah 1: Kunjungi di mana-mana pusat pameran Perodua dan tempah kereta anda di bawah Perodua Flexiplan.

Langkah 2: Penasihat Servis Perodua akan menghubungkan anda dengan pegawai Maybank untuk membantu permohonan myImpact Drive Financing-i anda.

 

Option 2: Hubungi Semula

Serahkan maklumat anda dan pegawai kami akan menghubungi anda untuk membantu.

Click Here

Maklumat Lanjut


Klik untuk Helaian Maklumat Produk (EN | BM)

Klik untuk Soalan Lazim  (EN | BM)

Klik untuk Terma dan Syarat (EN | BM)

You might also be interested in