Back

Maybank dan TikTok Shop menganjurkan webinar eksklusif, khas untuk petani dan usahawan kecil dalam sektor makanan yang ingin menjual hasil atau produk makanan mereka secara dalam talian.

Sertai webinar percuma kami pada 10 Disember 2025 melalui Zoom dari 11 pagi hingga 12 tengah hari untuk belajar cara menyediakan TikTok Shop anda, menyenaraikan produk, mengurus logistik, dan mula menjual kepada pelanggan di seluruh Malaysia.

Daftar Sekarang

Tertakluk pada terma dan syarat

Informasi Webinar


Topik Utama Webinar


Siapa yang sesuai untuk sertai?


  • Sesuai untuk petani, penjual kecil-kecilan dari rumah, dan usahawan makanan berskala kecil.
  • Ideal untuk individu atau peniaga yang ingin menjual hasil pertanian melalui dalam talian.
  • Khas untuk sesiapa yang memerlukan panduan praktikal dan langkah demi langkah untuk mula menjual melalui TikTok Shop, mengembangkan capaian pelanggan di seluruh negara dan meningkatkan jualan.
  • Terbuka kepada semua individu, termasuk pelanggan Maybank dan bukan pelanggan Maybank.

Bagaimana untuk daftar?


Langkah mudah untuk daftar tanpa caj untuk memulakan jualan digital anda:

  1. Klik <Daftar Sekarang>.
  2. Isi borang ringkas
  3. Semak e-mel untuk pautan webinar.
  4. Sertai webinar melalui Zoom pada tarikh ditetapkan iaitu 10 Disember 2025, dari 11 pagi hingga 12 tengah hari.

Anda boleh terus menetapkan akaun TikTok dan mula menjual dalam talian serta-merta, selepas webinar tamat.

Terma dan Syarat


  • Webinar ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berminat untuk menjual produk pertanian, makanan atau produk berkaitan secara dalam talian.
  • Pendaftaran tanpa caj mesti dilakukan dalam tempoh yang dinyatakan.
  • Webinar akan dijalankan melalui Zoom dan dikendalikan oleh wakil TikTok Shop, Mohd Al Fikri Bin Roslan, .
  • Peserta hendaklah mempunyai akses internet yang stabil serta peranti yang sesuai untuk mengikuti sesi ini.
  • Ganjaran atau barangan (jika berkenaan) adalah tertakluk kepada ketersediaan dan boleh berubah mengikut budi bicara Maybank dan TikTok.
  • Maybank dan TikTok berhak untuk meminda, memendekkan, melanjutkan atau membatalkan program ini tanpa notis awal.
  • Maybank bukan ejen TikTok Shop dan tidak membuat sebarang representasi terhadap kualiti latihan, produk atau perkhidmatan logistik yang disediakan. Sebarang pertikaian berkaitan kandungan webinar, jualan produk atau urusan penghantaran hendaklah diselesaikan terus dengan TikTok Shop.