Back

[DIKEMAS KINI] Transaksi tambahan yang memerlukan pengesahan melalui Secure2u pada aplikasi MAE

Click here for English

Pelanggan Yang Dihormati,

Berkuat kuasa 27 Jun 2023, Secure2u pada MAE akan menjadi satu-satunya kaedah pengesahan untuk meluluskan transaksi-transaksi berikut:

Terpakai Untuk

Perkhidmatan

Transaksi

Transaksi aplikasi MAE

Pindahan

(Transfer)

  • Pindahan DuitNow Berulang
  • Pindahan DuitNow Kali Pertama ke ‘Favourite’
  • Pindahan GIRO Kali Pertama ke ‘Favourite’
  • Pindahan Antara Bank Kali Pertama ke ‘Favourite’
  • Pindahan Intra-bank Kali Pertama ke ‘Favourite’

Tabung

(Tabung)

  • Membuka Tabung (Individu)
  • Membuka Tabung (Kumpulan)
  • Membuka Tabung dengan Potongan Auto
  • Hapuskan/Padam Tabung

Permohonan

(Apply)

  • Permohonan Pemindahan Baki
  • Permohonan Kad Tambahan
  • Permohonan EzyPay Plus
  • Permohonan Zest-i
  • Permohonan Akaun Maybank2u.Premier
  • Permohonan Pinjaman Peribadi/Pembiayaan-i (Personal Loan/Financing-i)
  • Permohonan Pembiayaan ASB-i (ASB Financing-i)

Transaksi laman web Maybank2u

Pembayaran & Pemindahan

(Pay & Transfer)

  • Pemindahan: Pemindahan ke Luar Negara Maybank Kali Pertama ke ‘Favourite’
  • Pemindahan: Tambah ‘Favourite’ untuk Pemindahan melalui Western Union
  • Pembayaran: Bayaran kepada Penerima MyGST
  • Tambah Nilai: Tambah Nilai Kad Permainan dengan PIN

Akaun Semasa/Simpanan

(Current/Savings Account)

  • Bayaran Sekali Sahaja kepada Peniaga Terpilih
  • Paut Akaun Grab, ShopeePay, Shopee Marketplace, Lazada, FavePay, MyRapidTap dan WePost ke Akaun Maybank2u
  • Mohon Akaun Simpanan Dolar Singapura (Singapore Dollar Savings Account)

Wealth

(Wealth)

  • Jual emas dengan Akaun Pelaburan Emas Maybank (Maybank Gold Investment Account)

Kad

(Cards)

  • Mohon EzyCash
  • Mohon Kad Kredit/Kad Kredit-i

Pinjaman/Pembiayaan

(Loans)

  • Mohon/Sambung Permohonan Pinjaman/Pembiayaan Peribadi-i
  • Terima Pinjaman/Pembiayaan PKS

Pelaburan

(Investments)

  • Sambung Permohonan Akaun Tunai Dagangan Saham (Share Trading Cash Account)

Tetapan

(Settings)

  • Aktifkan semula DuitNow
  • Tukar Akaun DuitNow
  • Edit Akaun Penerima DuitNow
  • Kemas kini 'Akaun Terpaut' (‘Linked Accounts’)
  • Padam 'Akaun Terpaut' (‘Linked Accounts’)
  • Aktifkan Maybank2u Bersepadu (Integrated Maybank2u)
  • Urus Had Pembelian Kad Debit
  • Naikkan Had Pindahan Tabung Haji dan ASNB
  • Aktifkan Kad Debit
  • Aktifkan Kad Debit Luar Negara
  • Aktifkan Kad Debit E-Dagang
  • Tukar frasa keselamatan

Perkhidmatan

(Services)

  • Daftar HAJI


Sekiranya anda masih menggunakan Secure2u pada aplikasi M2U MY, sila ambil perhatian yang Secure2u melalui aplikasi MAE akan menjadi satu-satunya kaedah untuk meluluskan transaksi MAE/M2U, berkuat kuasa 1 Julai 2023. Ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk meningkatkan tahap keselamatan perbankan dalam talian, sejajar dengan pengumuman terkini Bank Negara Malaysia untuk mempertingkatkan usaha memerangi penipuan kewangan.

Cara mengaktifkan Secure2u pada aplikasi MAE:

Langkah 1: Lancarkan aplikasi dan tekan 'Secure2u' di bawah Quick Actions

Langkah 2: Tekan ‘Activate Now’

Langkah 3: Sahkan nombor telefon bimbit anda dan masukkan Kata Laluan Satu Kali (OTP) yang diterima melalui SMS

Langkah 4: Masukkan nombor ID

Langkah 5: Sahkan nama peranti anda dan selesai!

Sila ambil perhatian bahawa terdapat tempoh pengaktifan (min.12 jam) apabila anda mengaktifkan Secure2u pada aplikasi MAE buat kali pertama atau pada peranti lain. Semasa tempoh ini, sebarang transaksi yang memerlukan pengesahan Secure2u tidak akan tersedia.


Cara menggunakan Secure2u:

Langkah 1: Log masuk ke aplikasi MAE atau laman web Maybank2u untuk melakukan transaksi

Langkah 2: Anda akan menerima push notification Secure2u melalui aplikasi MAE pada peranti anda yang berdaftar

Langkah 3: Buka push notification dan tekan sahaja untuk meluluskan atau menolak transaksi. Tiada log masuk tambahan diperlukan

Nikmati pengesahan yang lebih selamat dan pantas dengan Secure2u pada aplikasi MAE, tersedia untuk dimuat turun di sini:

Apple App Store

Google Play Store

Huawei AppGallery

Klik di sini untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Secure2u dan video panduan lengkap. Sebagai alternatif, emelkan kepada kami di mgcc@maybank.com untuk pertanyaan lanjut.

Terima kasih.