Jika anda merupakan pelanggan baharu Maybank dengan MAE Wallet, sila ikuti langkah berikut:
Langkah 1: Lancarkan aplikasi MAE anda dan mohon untuk MAE Wallet
Langkah 2: Ikuti arahan pada skrin dan mulakan permohonan anda
Langkah 3: Cipta Maybank2u ID anda (M2U ID)
Langkah 4: Apabila anda telah mencipta M2U ID anda, ketik ‘Activate Secure2u’
Langkah 5: Ketik ‘Activate Now’ dan ikuti arahan pada skrin untuk lengkapkan pengaktifan-sendiri Secure2u anda
Nota:
1.Apabila anda telah mengaktifkan Secure2u pada MAE, terdapat tempoh pengaktifan selama 12 jam sebelum anda boleh menggunakan Secure2u untuk meluluskan sebarang transaksi.
2.Pastikan anda mempunyai Kad Pengenalan (IC) bersama anda sebelum memulakan permohonan akaun MAE dan pengaktifan-sendiri Secure2u anda.
3.Kami sarankan anda melengkapkan permohonan akaun MAE dan pengaktifan-sendiri Secure2u anda dalam satu sesi supaya anda tidak perlu mengaktifkan Secure2u di ATM Maybank.
Untuk maklumat lanjut tentang pengaktifan-sendiri Secure2u, klik sini.
Untuk maklumat lanjut tentang MAE Wallet, klik sini.
Jika anda:
- Pelanggan baharu Maybank yang baru membuka akaun Semasa/Simpanan
- Mengaktifkan Secure2u pada peranti baharu;
Sila ikuti langkah-langkah berikut.
|
Bahagian 1:
Daftar Secure2u melalui aplikasi MAE
|
Bahagian 2:
Aktifkan Secure2u di ATM Maybank
|
- Muat turun atau lancarkan aplikasi MAE
- Pada bahagian Quick Actions, tekan ‘Secure2u’ untuk daftarkannya pada peranti anda
- Tekan ‘Register Secure2u Now’ dan ikuti arahan pada paparan untuk lengkapkan pendaftaran
Setelah pendaftaran Secure2u anda selesai, anda akan menerima push notification dan SMS untuk memberitahu anda supaya mengaktifkan Secure2u di ATM Maybank dalam tempoh 30 hari.
Jangan lupa untuk bawa bersama kad debit, kredit, atau caj ke ATM Maybank seperti yang dinyatakan pada aplikasi MAE setelah pendaftaran Secure2u anda berjaya.
|
Setelah anda mendaftar Secure2u pada aplikasi MAE, ikuti langkah-langkah ini untuk mengaktifkannya:
- Apabila berada di ATM Maybank, masukkan kad anda dan masukkan PIN (Nombor Pengenalan Peribadi) kad tersebut.
- Pada Menu Utama, pilih ‘Secure2u Activation’
- Pilih ‘Activate Secure2u’ dan ikuti arahan pada paparan untuk lengkapkan proses pengaktifan
Setelah anda mengaktifkan Secure2u pada MAE, terdapat tempoh pengaktifan minimum 12 jam sebelum anda boleh menggunakan Secure2u untuk mengesahkan transaksi. Ini untuk menghalang pengaktifan Secure2u yang tidak sah.
|
Untuk maklumat lanjut tentang pengaktifan Secure2u ATM, klik sini.
Jika anda pelanggan sedia ada yang ingin mengaktifkan semula Secure2u MAE pada peranti yang sama, sila ikuti langkah berikut:
Langkah 1: Lancarkan aplikasi MAE dan di Quick Actions, pilih ‘Secure2u’
Langkah 2: Ketik ‘Activate Now’
Langkah 3: Sahkan nombor telefon anda dan masukkan One-Time Password (OTP) yang diterima melalui notifikasi
Langkah 4: Masukkan nombor IC/Passport/BRN anda
Langkah 5: Sahkan nama peranti anda dan siap!
Nota: Pengaktifan Secure2u pada peranti yang sama tidak akan dikenakan tempoh pengaktifan 12 jam. Anda boleh gunakan Secure2u untuk meluluskan transaksi seperti sedia kala.