Kemas Kini Terbaharu: Anda kini boleh menyekat akses kepada Kad Kredit/Caj anda dengan Kill Switch
Click here for English
Pelanggan Yang Dihormati,
Mulai 6 April 2023, anda boleh menggunakan ciri Kill Switch pada aplikasi MAE dan laman web Maybank2u untuk menyekat akses kepada Kad Kredit/Caj Maybank anda buat sementara waktu.
Sekiranya anda telah syak menjadi mangsa penipuan, berikut adalah 2 cara untuk menggunakan Kill Switch untuk melindungi dana dalam akaun anda dengan serta-merta:
Ciri-Ciri Kill Switch |
Cara Ia Berfungsi |
---|---|
Sekat Kad (Baharu) |
|
Nyahaktifkan akses Maybank2u |
Menyekat sebarang percubaan log masuk selanjutnya |
Nantikan lebih banyak ciri Kill Switch yang akan diperkenalkan tidak lama lagi. Ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk meningkatkan tahap keselamatan perbankan dalam talian anda.
Rujuk panduan langkah demi langkah di bawah untuk cara mengaktifkan Kill Switch:
Melalui aplikasi MAE
Langkah 1: Lancarkan aplikasi MAE dan tekan ‘More’
Langkah 2: Tekan ‘Kill Switch’
Langkah 3: Pilih ciri yang anda ingin sekat atau nyahaktif
Langkah 4: Baca terma dan sahkan transaksi melalui Secure2u
Melalui laman web Maybank2u
Langkah 1: Log masuk ke www.maybank2u.com.my
Langkah 2: Pergi ke ‘SETTINGS’
Langkah 3: Klik ‘SECURITY’ dan pilih ‘Kill Switch’
Langkah 4: Pilih ciri yang anda ingin sekat atau nyahaktif
Langkah 5: Baca terma dan sahkan transaksi melalui Secure2u
Soalan Lazim (FAQ)
- Saya syak saya telah terkena scam. Apa yang harus saya lakukan?
Jika anda dapati ada transaksi yang mencurigakan/tidak sah atau anda mengesyaki bahawa anda telah menjadi mangsa penipuan dalam talian, anda harus segera menggunakan Kill Switch untuk melindungi dana di dalam akaun anda. Kemudian, dengan segera menghubungi Hotline Fraud Maybank di talian 03 5891 4744 atau Pusat Respon Scam Kebangsaan di 997 (8 pagi hingga 8 malam, setiap hari). - Saya menerima Notifikasi Amaran dan SMS yang memaklumkan bahawa akses Maybank2u saya telah dinyahaktifkan, tetapi saya tidak melakukannya. Apa yang harus saya lakukan?
Sekiranya anda mengesyaki bahawa nama pengguna dan kata laluan Maybank2u anda telah dicuri, hubungi dengan segera Hotline Fraud Maybank di talian 03 5891 4744 untuk mendapatkan bantuan. - Saya ingin mengaktifkan semula Kad Kredit/Caj Maybank atau akses Maybank2u. Apa yang harus saya lakukan?
Anda perlu pergi ke cawangan Maybank atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Maybank (MGCC) di talian 1300 88 6688 untuk mengaktifkan semula kad kredit/caj dan akses Maybank2u anda. - Bilakah saya boleh mula menggunakan Kad Kredit/Caj Maybank atau log masuk ke Maybank2u setelah pengaktifan semula?
Setelah diaktifkan semula melalui pengesahan yang berjaya oleh MGCC atau pegawai cawangan Maybank, anda akan dapat menggunakan kad kredit/caj anda dengan serta-merta untuk membuat pembayaran dan log masuk ke aplikasi MAE atau web/apl Maybank2u menggunakan nama pengguna dan kata laluan sedia ada anda. - Apakah yang akan berlaku jika saya tidak mengaktifkan semula Kad Kredit/Caj dan akses Maybank2u saya?
Jangan bimbang, wang anda akan kekal selamat di dalam akaun bank anda. Kami mengalakkan anda untuk mengaktifkan semula kad kredit/caj supaya anda boleh membuat pembayaran seperti biasa. Walau bagaimanapun, akses Maybank2u anda akan ditamatkan sekiranya anda tidak mengaktifkannya semula dalam tempoh 12 bulan. Anda kemudian perlu mendaftar untuk mendapatkan akses Maybank2u yang baharu di cawangan Maybank. Klik di sini untuk mencari cawangan Maybank yang terdekat dengan anda.
Klik di sini untuk ketahui lebih lanjut tentang Kill Switch.
Klik di sini untuk membaca Soalan Lazim (FAQ).