Back

Kill Switch

Kaedah pantas untuk melindungi dana anda daripada scam dalam talian
Jika mengesyaki terkena scam, segera hubungi Hotline Fraud 24 jam Maybank di 03-5891 4744 atau Pusat Respons Scam Kebangsaan di 997 (8pagi - 8malam), setiap hari.

Maklumat lanjut


Kill Switch ialah ciri keselamatan layan diri yang melindungi wang anda daripada scam dalam talian dan meningkatkan tahap keselamatan perbankan dalam talian anda. Ia tersedia di aplikasi MAE dan laman web Maybank2u.

3 cara untuk menggunakan Kill Switch untuk melindungi dana dalam akaun anda dengan serta-merta:

Ciri-Ciri Kill Switch

Cara Ia Berfungsi

Sekat Kad Debit (AKAN DATANG)

  • Menyekat semua transaksi keluar dari Kad Debit Maybank anda

Sekat Kad Kredit/Caj

  • Menyekat semua transaksi keluar dari Kad Kredit/Caj Maybank anda

Nyahaktifkan akses Maybank2u

  • Akan di log keluar secara automatik daripada semua sesi aktif pada apl MAE, apl M2U MY dan web Maybank2u
  • Menyekat sebarang percubaan log masuk yang selanjutnya


Nantikan lebih banyak ciri Kill Switch yang akan diperkenalkan tidak lama lagi. Ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk meningkatkan tahap keselamatan perbankan dalam talian anda.

Kelebihan


  • Melindungi wang anda serta-merta jika anda terkena scam.
  • Menyekat transaksi tidak sah kerana scammer tidak boleh mengakses kad atau Maybank2u anda
  • Meningkatkan tahap keselamatan perbankan dalam talian kerana pengaktifan semula memerlukan proses pengesahan identiti yang ketat oleh Khidmat Pelanggan Kumpulan Maybank (MGCC) atau di mana-mana cawangan Maybank.

Cara pengaktifan


Terdapat 2 cara untuk mengaktifkan Kill Switch. Rujuk panduan langkah demi langkah di bawah: 

Aktifkan Kill Switch melalui aplikasi MAE

Langkah 1: Lancarkan aplikasi MAE dan tekan ‘More’

Langkah 2: Tekan ‘Kill Switch’

Langkah 3: Pilih ciri yang anda ingin sekat atau nyahaktif

Langkah 4: Baca terma dan sahkan transaksi melalui Secure2u

 

Aktifkan Kill Switch melalui laman web Maybank2u

Langkah 1: Log masuk ke www.maybank2u.com.my

Langkah 2: Pergi ke ‘SETTINGS’

Langkah 3: Klik ‘SECURITY’ dan pilih ‘Kill Switch’

Langkah 4: Pilih ciri yang anda ingin sekat atau nyahaktif

Langkah 5: Baca terma dan sahkan transaksi melalui Secure2u


Untuk kemudahan, anda juga boleh menyekat Kad Maybank anda dengan mengakses akaun anda. Rujuk panduan langkah demi langkah di bawah:

Sekat kad melalui aplikasi MAE

Langkah 1: Lancarkan aplikasi MAE dan tekan tab ‘Cards’ di pilihan ‘Accounts’

Langkah 2: Pilih kad debit/kredit/caj yang anda ingin sekat dan tekan ‘Block Card’

Langkah 3: Tekan ‘Next’ dan ‘Confirm’ setelah setuju dengan terma

Langkah 4: Tekan ‘Approve’ pada ‘Secure Verification’ atau masukkan nombor 6 digit OTP yang dihantar ke nombor telefon bimbit anda yang berdaftar

Langkah 5: Setelah kad debit berjaya disekat, anda akan menerima SMS dan push notification. Status kad akan dikemas kini kepada 'Temporarily Blocked’


Nota: Anda akan dilog keluar secara automatik dari semua sesi aktif apabila anda menyahaktifkan akses Maybank2u anda.

Cara menyahaktif


Untuk menyahsekat kad anda atau mengaktifkan semula akses Maybank2u, anda perlu menghubungi Khidmat Pelanggan Kumpulan Maybank di talian 1300 88 6688 atau pergi ke cawangan Maybank.

Soalan Lazim (FAQ)


  1. Saya syak saya telah terkena scam. Apa yang harus saya lakukan?
    Jika anda menyedari terdapat transaksi yang mencurigakan/tidak sah atau jika anda mengesyaki bahawa anda telah menjadi mangsa penipuan dalam talian, anda harus segera menggunakan Kill Switch untuk melindungi akaun dan wang di dalam akaun anda. Seterusnya, sila hubungi kami di talian 24/7 Hotline Fraud Maybank di 03 5891 4744 atau hubungi Pusat Respon Scam Kebangsaan di 997 (8 pagi hingga 8 malam, setiap hari) untuk membuat laporan.
  2. Saya menerima Notifikasi Amaran dan SMS yang memaklumkan bahawa akses Maybank2u saya telah dinyahaktifkan, tetapi saya tidak melakukannya. Apa yang harus saya lakukan?
    Sekiranya anda mengesyaki bahawa nama pengguna dan kata laluan Maybank2u anda telah dicuri atau digodam, sila hubungi dengan segera talian 24/7 Hotline Fraud Maybank di 03 5891 4744 untuk mendapatkan bantuan.
  3. Saya ingin mengaktifkan semula Kad  Maybank atau akses Maybank2u. Apa yang harus saya lakukan?
    Anda perlu pergi ke cawangan Maybank atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Maybank (MGCC) di talian 1300 88 6688 untuk mengaktifkan semula kad kredit/caj dan akses Maybank2u anda.
  4. Bilakah saya boleh mula menggunakan Kad Maybank atau log masuk ke Maybank2u setelah pengaktifan semula?
    Setelah diaktifkan semula melalui pengesahan yang berjaya oleh MGCC atau pegawai cawangan Maybank, anda akan dapat menggunakan kad debit/kredit/caj anda dengan serta-merta untuk membuat pembayaran dan log masuk ke aplikasi MAE atau web/apl Maybank2u menggunakan nama pengguna dan kata laluan sedia ada anda.
  5. Apakah yang akan berlaku jika saya tidak mengaktifkan semula Kad Maybank dan akses Maybank2u saya?
    Jangan bimbang, wang anda akan kekal selamat di dalam akaun bank anda. Kad debit/kredit/caj anda yang disekat tidak akan dapat digunakan dan akses Maybank2u anda akan ditamatkan sekiranya anda tidak mengaktifkannya semula dalam tempoh 12 bulan. Anda kemudian perlu mendaftar untuk mendapatkan akses Maybank2u yang baharu di cawangan Maybank. Klik di sini untuk mencari cawangan Maybank yang terdekat dengan anda.


Klik di sini
 untuk membaca semua Soalan Lazim (FAQ).

Anda syak yang anda telah kena scam?


Segera hubungi Hotline Fraud 24 jam Maybank di 03-5891 4744 atau Pusat Respons Scam Kebangsaan di 997 (8pagi - 8malam), setiap hari.