Back

Makluman Penipuan Terkini

Sentiasa ambil tahu tentang penipuan terkini dan pelajari langkah penting untuk melindungi maklumat peribadi serta butiran perbankan anda.

EN BM

Permintaan PIN Aplikasi MAE Palsu

April 2026


Sila berwaspada terhadap penipu yang menghantar pautan yang akan membuka skrin log masuk atau kelulusan palsu melalui pelayar (browser) yang menyerupai aplikasi MAE dan meminta PIN aplikasi MAE anda.

Contoh taktik penipuan adalah seperti di bawah:

Penipu akan menghantar pautan yang menawarkan promosi atau tawaran yang kelihatan terlalu menarik. Apabila pautan tersebut diklik atau diakses, anda akan diarahkan ke laman web palsu melalui pelayar yang memaparkan skrin log masuk atau kelulusan palsu yang direka menyerupai aplikasi MAE, dan seterusnya meminta PIN aplikasi MAE anda.

Sila ambil perhatian bahawa pautan palsu ini bukan dikeluarkan oleh Maybank dan direka khusus untuk memperdaya anda.

biopin scam

 

Bagaimana anda boleh melindungi diri?

  • Jika pelayar web (browser) meminta PIN aplikasi MAE anda, jangan teruskan.
  • PIN aplikasi MAE anda hanya perlu dimasukkan di dalam aplikasi MAE sebagai alternatif kepada pengesahan biometrik (Face ID/Pengecaman Wajah atau Cap Jari).
  • Sentiasa pastikan PIN aplikasi MAE anda hanya dimasukkan di dalam aplikasi MAE, dan bukan di laman web atau pelayar web.
  • Sentiasa sahkan sebarang promosi atau pemberian hadiah rasmi Maybank melalui aplikasi MAE atau laman web rasmi kami.

Jika terkena scam, sila hubungi Hotlink Fraud 24 jam Maybank di 03-5891 4744 atau Pusat Respons Scam Kebangsaan di 997 dan buat laporan polis.

Penipuan Kod QR Palsu

Februari 2026


Sila berwaspada terhadap paket bertuah (Angpao) fizikal yang diedarkan di kawasan awam atau peti surat, yang mengandungi kad dengan kod QR palsu dan, dalam sesetengah kes, wang kertas Ringgit palsu.

Contoh taktik penipuan adalah seperti di bawah:

Penipu akan mengedarkan paket bertuah yang mengandungi kad dengan kod QR untuk menebus "duit raya percuma" atau "ganjaran perayaan." Sebaik sahaja diimbas, anda akan dibawa ke laman web palsu yang meminta butiran perbankan anda atau mengarahkan anda memuat turun fail yang mencurigakan.

Sila ambil perhatian bahawa paket fizikal dan kod QR tersebut bukan dikeluarkan oleh Maybank, dan ia bertujuan untuk memperdaya anda.

 

Bagaimana anda boleh melindungi diri?

  • Jangan imbas mana-mana kod QR yang ditemui dalam paket perayaan yang tidak diminta atau di tempat awam secara rawak.
  • Buang paket tersebut dengan segera jika anda menerima paket yang mengandungi jemputan mencurigakan atau wang kertas palsu.
  • Jangan mendedahkan butiran perbankan digital anda (seperti nama pengguna, kata laluan, atau TAC) di mana-mana laman web yang dicapai melalui kod QR.
  • Sentiasa sahkan sebarang promosi atau pemberian hadiah rasmi Maybank melalui aplikasi MAE atau laman web rasmi kami.

 

Jika terkena scam, sila hubungi Hotlink Fraud 24 jam Maybank di 03-5891 4744 atau Pusat Respons Scam Kebangsaan di 997 dan buat laporan polis.

SMS Palsu Mengenai Transaksi Kad Google Pay

Februari 2026


Sila berwaspada tentang SMS palsu menggunakan ID pengirim 66628 yang mendakwa terdapat transaksi kad Google Pay.

Contoh SMS palsu adalah seperti berikut:

“RM0 MBB Thank you for using your card ending 4253 for MYR2360 at Google Pay 5/2/26. If not performed, please call 03xxxxxx immediately.”

Sila ambil perhatian bahawa SMS palsu ini bukan dihantar oleh Maybank, dan ia bertujuan untuk memperdaya anda.

Bagaimana anda boleh melindungi diri?

  • Abaikan mesej tersebut dan jangan sesekali menghubungi nombor telefon yang diberikan.
  • Jangan klik pautan yang disertakan, dan jangan mendedahkan butiran perbankan digital anda (seperti nama pengguna atau kata laluan) kepada sesiapa.
  • Sentiasa sahkan transaksi kad Maybank anda melalui aplikasi MAE atau dengan menghubungi nombor rasmi di belakang kad anda.

Jika terkena scam, sila hubungi Hotlink Fraud 24 jam Maybank di 03-5891 4744 atau Pusat Respons Scam Kebangsaan di 997 dan buat laporan polis.

Scam Pelaburan Salah Guna Nama dan Logo Maybank untuk Kesahihan Palsu

Oktober 2025


Awas dengan skim pelaburan palsu yang menyalahgunakan nama dan logo Maybank untuk memberi gambaran seolah-olah sah.

Scammer menggunakan Facebook, Telegram dan WhatsApp untuk mempromosikan skim pelaburan palsu. Mereka mungkin menawarkan peluang pelaburan eksklusif atau inisiatif crowdfunding yang menjanjikan pulangan tinggi atau dengan risiko yang rendah.

Analisis pelaburan turut dikongsi dalam kumpulan ini bagi memberi gambaran seolah-olah mereka mempunyai kredibiliti.

Untuk makluman, kumpulan pelaburan palsu ini bukan diwujudkan oleh Maybank, dan Bank tiada sebarang kaitan dengan individu yang terlibat.

 

Bagaimana anda boleh melindungi diri?

  • Sentiasa sahkan ketulenan emel atau mesej melalui laman web atau saluran rasmi.
  • Jangan klik pautan mencurigakan atau imbas kod QR yang tidak diketahui.
  • Jangan sesekali mendedahkan butiran perbankan atau perbankan digital anda (seperti nama pengguna atau kata laluan) kepada sesiapa.
  • Untuk pengesahan, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Maybank Group di 1-300-88-6688 bagi mengesahkan kesahihan sebarang pelaburan yang didakwa mempunyai kaitan dengan Maybank.

Jika terkena scam, sila hubungi Hotline Fraud 24 jam Maybank di 03-5891 4744 atau Pusat Respons Scam Kebangsaan di 997 dan buat laporan polis.

Skim Penipuan Peraduan Menyamar sebagai Maybank atau Kakitangan Bank

Ogos 2025


Sila berwaspada tentang penipuan yang melibatkan laman web palsu yang menyamar sebagai portal berita. Laman web ini menyebarkan maklumat palsu mengenai platform pelaburan tiruan yang menggunakan nama Maybank dan pihak kepimpinannya secara tidak sah.

Dalam pelaburan, tiada istilah ‘Pulangan Tinggi, Risiko Sifar’. Jika tawaran tersebut terlalu bagus untuk dipercayai, kemungkinan besar ia adalah penipuan.

Sentiasa sahkan maklumat dari sumber rasmi dan ingat bahawa komunikasi sebegini, walaupun kelihatan sah, direka untuk menipu anda.

Bagaimana anda boleh melindungi diri?

  • Sentiasa sahkan kesahihan maklumat dengan melayari laman web atau sumber rasmi.
  • Elakkan daripada mengklik sebarang pautan yang mencurigakan atau mengimbas kod QR yang tidak diketahui.
  • Jangan sekali-kali mendedahkan butiran perbankan atau perbankan digital anda, seperti nama pengguna atau kata laluan, kepada sesiapa.
  • Untuk pengesahan, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Maybank Group di 1-300-88-6688 bagi mengesahkan kesahihan sebarang laman web pelaburan yang didakwa mempunyai kaitan dengan Maybank.

Jika terkena scam, sila hubungi Hotline Fraud 24 jam Maybank di 03-5891 4744 atau Pusat Respons Scam Kebangsaan di 997 (8 pagi - 8 malam setiap hari) dan buat laporan polis.

Skim Penipuan Peraduan Menyamar sebagai Maybank atau Kakitangan Bank

Julai 2025


Sila berwaspada terhadap surat atau e-mel palsu, yang kelihatan seolah-olah daripada Maybank, memaklumkan pelanggan bahawa mereka telah memenangi hadiah dalam kempen Maybank dan meminta bayaran pindahan atau fi pentadbiran untuk menebusnya. Komunikasi ini, walaupun mungkin kelihatan sah, direka untuk menipu anda.

Maybank tidak akan sekali-kali meminta pemenang kempen untuk melakukan penebusan hadiah melalui saluran tidak rasmi. Jangan balas surat atau e-mel sedemikian kerana ini BUKAN surat atau e-mel sah yang dihantar oleh Maybank.

Bagaimana anda boleh melindungi diri?

  • Maybank tidak akan sekali-kali meminta pemenang kempen untuk melakukan penebusan hadiah melalui saluran tidak rasmi.
  • Untuk pengesahan, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Maybank Group di 1-300-88-6688 bagi mengesahkan kesahihan sebarang 'surat Maybank' yang diterima.

Jika terkena scam, sila hubungi Hotline Fraud 24 jam Maybank di 03-5891 4744R atau Pusat Respons Scam Kebangsaan di 997 (8 pagi - 8 malam setiap hari) dan buat laporan polis.

Skim Penipuan Pekerjaan Menyamar sebagai Maybank atau Kakitangan Bank


Sila berwaspada terhadap laman sesawang pengambilan pekerja palsu yang seolah-olah daripada Maybank, yang meminta resume dan butiran peribadi anda. Laman sesawang ini, walaupun kelihatan sah, direka untuk memperdaya anda.

Penipu-penipu ini mungkin akan meminta anda untuk membayar fi pentadbiran pendahuluan semasa proses permohonan, atau meminta butiran akaun bank atau perbankan internet anda kononnya untuk tujuan pembayaran gaji. Selepas itu, penipu-penipu ini akan menggunakan butiran tersebut untuk mencuri wang daripada akaun anda.

Bagaimana anda boleh melindungi diri?

  • Sentiasa periksa kesahihan laman sesawang sebelum anda memohon atau berkongsi maklumat peribadi. Semak semula tawaran kerja tersebut terus di laman kerjaya rasmi syarikat, yang mana anda perlu layari dengan menaip alamat laman sesawang rasmi mereka ke dalam pelayar anda.
  • Untuk pengesahan, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Maybank Group di 1-300-88-6688 bagi mengesahkan kesahihan sebarang tawaran kerja yang diterima.

Jika terkena scam, sila hubungi Hotline Fraud 24 jam Maybank di 03-5891 4744R atau Pusat Respons Scam Kebangsaan di 997 (8 pagi - 8 malam setiap hari) dan buat laporan polis.

SMS Penipuan Mengenai Mata Ganjaran Bakal Luput

Mei 2025


1. SMS Mata Ganjaran Palsu

Scammer akan menghantar SMS palsu yang mendakwa mata ganjaran Maybank anda akan tamat tempoh. Ia termasuk pautan untuk "menebus" mata ini sebelum ia sepatutnya tamat tempoh. Jangan klik pada mana-mana pautan yang diterima melalui SMS.

 

Contoh SMS Mata Ganjaran Palsu

 

 

 

2. SMS Transaksi Tidak Sah Palsu

Scammer akan menghantar SMS palsu untuk memberi amaran kepada anda tentang transaksi yang tidak sah pada akaun anda dan menggesa anda untuk mengklik pautan atau menghubungi nombor yang diberikan untuk mengesahkan transaksi ini. Ini adalah percubaan untuk mencuri maklumat peribadi anda.

 

Contoh SMS Transaksi Tidak Sah Palsu

 

 

Bagaimana untuk anda melindungi diri?

  • Jangan klik pada pautan yang dihantar melalui SMS. Maybank tidak akan menghantar SMS dengan pautan atau nombor untuk dihubungi.
  • Bank tidak akan meminta maklumat peribadi atau perbankan anda melalui SMS.
  • Untuk pengesahan, layari laman web rasmi www.maybank2u.com.my atau hubungi nombor di belakang kad Maybank anda.

Jika terkena scam, sila hubungi Hotline Fraud 24 jam Maybank di 03-5891 4744R atau Pusat Respons Scam Kebangsaan di 997 (8 pagi - 8 malam setiap hari) dan buat laporan polis.

E-mel Penipuan (Phishing) Menyamar sebagai Maybank atau Kakitangan Bank

April 2025


Berhati-hati dengan e-mel palsu yang mendakwa daripada Maybank atau kakitangannya yang meminta maklumat peribadi dan perbankan anda. E-mel ini mungkin kelihatan sah tetapi direka untuk menipu anda.

 

Contoh E-mel Menyamar Maybank atau Kakitangannya


Bagaimana untuk anda melindungi diri?

  • Sentiasa semak alamat e-mel dan kandungan untuk kesilapan ejaan/tatabahasa.
  • Jangan klik pautan yang dihantar melalui e-mel. Maybank tidak akan menghantar e-mel dengan pautan.
  • Sentiasa sahkan ketulenan e-mel atau mesej dengan laman web atau sumber rasmi.

Jika terkena scam, sila hubungi Hotline Fraud 24 jam Maybank di 03-5891 4744R atau Pusat Respons Scam Kebangsaan di 997 (8 pagi - 8 malam setiap hari) dan buat laporan polis.

Skim Penipuan Pelaburan Menyamar sebagai Maybank Investment Bank (MIBG) atau Individu Kepimpinan

Februari 2025


Scammer menyalahgunakan nama Maybank Investment Bank (MIBG) dan kepimpinan Maybank untuk mempromosikan program pelaburan palsu.

 

Contoh Scam Pelaburan Menyalahgunakan Nama Maybank Investment Bank (MIBG) dan Kepimpinan Maybank

Bagaimana untuk anda melindungi diri?

  • Jangan mudah terpedaya dengan skim yang menjanjikan pulangan tinggi dengan risiko rendah atau tanpa risiko langsung.
  • Berhati-hati kerana scammer sering mengeksploitasi nama dan imej personaliti industri kewangan yang terkenal.
  • Sentiasa sahkan dengan Bank.
  • Jangan klik pada mana-mana pautan yang mencurigakan atau imbas kod QR yang tidak diketahui.

Jika terkena scam, sila hubungi Hotline Fraud 24 jam Maybank di 03-5891 4744R atau Pusat Respons Scam Kebangsaan di 997 (8 pagi - 8 malam setiap hari) dan buat laporan polis.

Surat Palsu Menyamar sebagai Bank atau Agensi Kerajaan

Disember 2024


Berhati-hati dengan surat palsu yang menyalahgunakan nama dan logo Bank Negara Malaysia, bank swasta, penyedia utiliti, dan agensi penguatkuasaan untuk kelihatan sah.

 

Contoh Surat Palsu

Bagaimana untuk anda melindungi diri?

  • Organisasi rasmi tidak akan pernah meminta anda memindahkan wang ke akaun Maybank atas sebab keselamatan.
  • Berhati-hati dengan penipuan seperti ini, di mana scammer sering mengeksploitasi nama dan imej tokoh kewangan terkenal.
  • Organisasi ini tidak akan pernah meminta maklumat peribadi atau perbankan anda.