Kami ingin memperkenalkan proses pengesahan keselamatan baharu untuk penetapan semula PIN aplikasi MAE. Jika anda menetapkan semula PIN aplikasi MAE anda, anda perlu mengesahkan identiti anda melalui salah satu kaedah berikut:
- Kaedah 1: Pengesahan menggunakan MyKad/Pasport - Imbas ID anda (MyKad/Pasport) dan ambil gambar swafoto dalam aplikasi MAE untuk melengkapkan pengesahan.
- Kaedah 2: Pengesahan menggunakan PIN M2U sementara - Pergi ke mana-mana ATM Maybank untuk menjana PIN M2U sementara, kemudian gunakannya dalam masa 48 jam untuk melengkapkan pengesahan.
Nota:
- Pengesahan ini hanya boleh digunakan jika anda terlupa PIN aplikasi MAE anda dan perlu menetapkan semula PIN anda. Jika anda tidak mengemas kini PIN anda, tiada tindakan diperlukan dan anda boleh terus menggunakan aplikasi MAE seperti biasa.
- Kemas kini ini hanya untuk pengguna Individu/Pemilik Tunggal.





