Pelanggan dengan iOS 15.0 dan ke Bawah Perlu Mengemas Kini Peranti untuk Terus Menggunakan Aplikasi MAE
Pelanggan yang Dihormati,
Sila ambil maklum bermula 11 Jun 2026, aplikasi MAE tidak lagi akan menyokong peranti yang menggunakan iOS 14 dan iOS 15.0. Ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kami dalam memastikan pengalaman perbankan yang lebih selamat.
Bagi memastikan akses tanpa gangguan, prestasi optimum dan peningkatan keselamatan terkini, kami sarankan anda mengemas kini peranti ke iOS 26. OS versi baharu mampu menyediakan keselamatan yang dikemas kini dan lebih serasi dengan ciri terbaharu aplikasi MAE.
Jika peranti anda tidak lagi menyokong versi iOS terbaharu, anda boleh naik taraf peranti melalui tawaran rakan kongsi kami di sini supaya anda boleh mengemas kini dan menikmati pengalaman perbankan yang lebih selamat.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi pasukan Khidmat Pelanggan kami di 1-300-88-6688 atau emel kepada kami di mgcc@maybank.com.
Terima kasih.
Soalan lazim
-
Bagaimanakah saya boleh semak atau kemas kini sistem pengendalian (OS) peranti saya?
Pergi ke Settings > General > Software Update dalam peranti anda untuk semak versi OS semasa dan kemas kini ke versi baharu jika ada yang tersedia.
-
Saya tidak dapat mengemas kini OS peranti saya. Apakah yang perlu saya lakukan?
Anda perlu pastikan peranti anda serasi dengan OS yang diperlukan.
-
Jika peranti saya tidak dikemas kini sebelum 11 Jun 2026, adakah saya masih boleh menggunakan aplikasi MAE sedia ada?
Ya, anda masih boleh menggunakan aplikasi MAE sebelum 11 Jun 2026. Anda perlu kemas kini OS peranti anda ke iOS 15.1 ke atas untuk terus menggunakan aplikasi MAE selepas 11 Jun 2026.
Walau bagaimanapun, kami sarankan anda mengemas kini sistem pengendalian peranti ke iOS 26 bagi memastikan akses tanpa gangguan, prestasi optimum dan peningkatan keselamatan terkini. Ini kerana OS versi baharu mampu menyediakan keselamatan yang dikemas kini dan lebih serasi dengan ciri terbaharu aplikasi MAE.
-
Apakah yang akan terjadi jika saya tidak mengemas kini OS saya selepas 11 Jun 2026?
Anda tidak lagi boleh menggunakan aplikasi MAE di peranti anda. Sila kemas kini peranti ke iOS 15.1 ke atas untuk mengelak daripada sebarang masalah. Walau bagaimanapun, kami sarankan anda kemas kini ke iOS 26 bagi memastikan keselamatan tambahan.
-
Saya mempunyai peranti lama dan ia tidak layak untuk mengemas kini OS. Apakah yang perlu saya lakukan?
Anda dinasihatkan untuk memuat turun aplikasi MAE kepada peranti yang serasi dengan sistem pengendalian yang diperlukan untuk terus menggunakan aplikasi MAE.
Sila ambil perhatian yang sekiranya anda memuat turun aplikasi MAE dalam peranti yang baru, anda perlu mengaktifkan semula Secure2u melalui ATM Maybank dengan tempoh pengaktifan “cooling period” selama sekurang-kurangnya 12 jam. Untuk maklumat lanjut tentang pengaktifan aplikasi MAE ke atas peranti baru, sila klik di sini.
-
Mengapakah aplikasi MAE hanya boleh digunakan dengan sistem pengendalian iOS 15.1 ke atas sahaja?
Pengemaskinian OS akan meningkatkan prestasi, kestabilan dan yang paling penting, keselamatan peranti anda , termasuk aplikasi-aplikasi di dalamnya. Keselamatan perbankan dalam talian anda adalah keutamaan kami, jadi, kami amat galakkan anda untuk mengemas-kini OS peranti anda dengan kerap. iOS 26 adalah disarankan untuk keselamatan tambahan, prestasi dan keserasian.
-
Saya merupakan pengguna Android. Adakah saya akan terkesan dengan kemas kini ini?
Tidak, kemas kini ini hanya berkaitan dengan peranti yang menggunakan sistem pengendalian iOS sahaja.
-
Adakah saya masih boleh menggunakan laman web Maybank2u?
Ya, anda masih boleh log masuk ke web Maybank2u melalui pelayar anda. Walau bagaimanapun, anda tidak akan dapat melakukan sebarang transaksi, kerana anda memerlukan akses ke aplikasi MAE untuk pengesahan transaksi melalui Secure2u.
-
Saya tidak pasti sama ada peranti saya boleh menggunakan iOS 15.1. Bagaimanakah saya boleh menyemak?
Sila rujuk laman web rasmi Apple untuk melihat senarai sistem pengendalian yang disokong.