Back

Kemas Kini Sistem Pengendalian Update (OS) dan Pelayar Web Anda

Pastikan OS peranti dan pelayar web anda dikemas kini untuk perlindungan keselamatan terkini dan pengalaman perbankan dalam talian yang lebih selamat.

EN BM

Maklumat Penting


Sebagai tanda komitmen berterusan kami untuk sentiasa memastikan pengalaman perbankan dalam talian anda kekal selamat dan lancar, kami sedang mengemas kini keperluan akses serta had transaksi.

Akses kepada pelayar web dan sistem operasi (OS) peranti yang tidak disokong akan dihadkan secara berperingkat meliputi Maybank2u Web, aplikasi MAE, M2U Biz (web dan aplikasi), serta M2E (web dan aplikasi).

Selain itu, kami akan memperkenalkan had transaksi terkumpul 24 jam sebanyak RM20,000. Had ini mengambil kira percubaan transaksi yang berjaya dan tidak berjaya.

Sekatan akan dikenakan kepada versi pelayar web dan OS peranti yang disenaraikan di bawah.

Platform

Apa Yang Anda Perlu Tahu

Laman web Maybank2u web, M2U Biz & M2E

Akses akan dihentikan pada versi pelayar lama di bawah:

  • Opera versi 95 dan ke bawah
  • Microsoft Edge (Windows) versi 109 dan ke bawah
  • Chrome (Windows) versi 109 dan ke bawah
  • Mozilla Firefox (Windows) versi 115 dan ke bawah
  • Safari (Apple) versi 17 dan ke bawah

Untuk terus menggunakan laman web Maybank2u, M2U Biz dan M2E, sila kemas kini pelayar web anda melalui menu ‘Settings’ atau ‘Help’.

Aplikasi MAE

Had transaksi terkumpul 24 jam sebanyak RM20,000 akan dikenakan kepada pelanggan yang menggunakan aplikasi MAE pada versi OS peranti lama berikut:

  • Android 9 dan 10
  • iOS 14 dan iOS 15

Ini juga terpakai kepada transaksi yang dibuat melalui laman web Maybank2u. Untuk terus menikmati had transaksi yang lebih tinggi, sila kemas kini OS peranti anda melalui Settings kepada versi terkini yang disokong (Android 13 / iOS 18 atau ke atas).

Nota: Tempoh 24 jam dikira berdasarkan transaksi terakhir yang dilakukan dan merangkumi percubaan transaksi yang berjaya dan tidak berjaya melalui aplikasi MAE dan laman web Maybank2u.

  • Untuk contoh cara had transaksi terkumpul 24 jam berfungsi, sila rujuk Soalan Lazim 8 di bawah.
  • Untuk senarai transaksi yang termasuk dalam had transaksi terkumpul RM20,000, sila rujuk Soalan Lazim 9 di bawah.

Aplikasi M2U Biz & M2E

Kami mengesyorkan anda mengemas kini OS peranti anda melalui ‘Settings’ kepada versi terkini yang disokong (Android 13 / iOS 18 atau ke atas).

SOALAN LAZIM


  1. Bagaimana cara untuk semak atau kemas kini sistem operasi (OS) peranti mudah alih saya?
    Pergi ke ‘Settings’ pada peranti anda dan pilih ‘About Device’. Anda akan dapat melihat versi OS semasa dan pilihan untuk menaik tarafnya jika tersedia.

  2. Bagaimana cara untuk semak atau kemas kini pelayar web saya (mudah alih atau desktop)?
    Buka menu ‘Settings’ atau ‘Help’ pada pelayar anda dan pilih ‘About [Nama Pelayar]’ untuk melihat versi semasa. Jika kemas kini tersedia, ikut arahan untuk memasangnya atau layari laman rasmi pelayar untuk memuat turun versi terkini.

  3. Saya tidak dapat mengemas kini OS peranti saya. Apa yang perlu saya lakukan?
    Semak sama ada peranti anda serasi dengan versi OS yang diperlukan.

  4. Apa yang berlaku jika saya tidak mengemas kini OS atau pelayar web saya tepat pada masanya?
    Jika peranti mudah alih atau pelayar web anda tidak dikemas kini, anda mungkin kehilangan akses kepada platform atau dikenakan had transaksi yang lebih rendah apabila menggunakan aplikasi MAE dan laman web Maybank2u.

  5. Mengapa hanya versi OS atau pelayar tertentu boleh digunakan?
    Versi terkini OS dan pelayar mempunyai ciri keselamatan serta penambahbaikan terkini bagi memastikan perbankan anda kekal selamat. Versi lama tidak lagi menerima kemas kini keselamatan, menjadikannya lebih mudah diserang oleh perisian hasad atau akses tanpa kebenaran.

  6. Peranti saya terlalu lama dan tidak menyokong kemas kini OS. Apa yang perlu saya lakukan?
    Kami menggalakkan anda untuk menggunakan peranti mudah alih yang menyokong OS terkini. Jika anda menukar ke peranti baharu, ingat bahawa anda perlu mengaktifkan semula Secure2u, sama ada di ATM Maybank (untuk pengguna aplikasi MAE) atau terus melalui aplikasi (untuk pengguna M2U Biz dan M2E). Akan ada tempoh bertenang minimum selama 12 jam sebelum Secure2u boleh digunakan pada peranti baharu anda.

  7. Bagaimanakah had transaksi terkumpul 24 jam sebanyak RM20,000 berfungsi?
    Bagi peranti yang menggunakan OS lama seperti Android 9, Android 10, iOS 14 dan iOS 15, sebarang transaksi yang dibuat melalui aplikasi MAE dan laman web Maybank2u tertakluk kepada had transaksi terkumpul sebanyak RM20,000 dalam tempoh 24 jam. Ini termasuk percubaan transaksi yang berjaya dan tidak berjaya.

  8. Apakah yang akan berlaku jika saya mencapai had transaksi terkumpul 24 jam sebanyak RM20,000?
    Apabila had transaksi terkumpul sebanyak RM20,000 dicapai dalam tempoh 24 jam, anda tidak akan dapat melakukan sebarang transaksi tambahan untuk 24 jam seterusnya. Sebarang percubaan transaksi selepas itu akan gagal dan akan menyebabkan tempoh 24 jam bermula semula. Kami mengesyorkan agar anda tidak membuat sebarang percubaan transaksi dan menunggu sehingga had tersebut ditetapkan semula.

    Selepas tempoh 24 jam berakhir, had transaksi terkumpul anda akan ditetapkan dan boleh digunakan semula. Jadual di bawah merupakan ilustrasi cara had transaksi terkumpul dikira:

    Masa

    Nilai Transaksi

    Baki Had Transaksi Terkumpul

    Keputusan

    Isnin, 6.00pm  hingga Selasa, 5.59pm

    Tiada transaksi

    Selasa, 6.00pm

    RM1,000

    RM19,000

    Berjaya

    (Dalam had RM20,000. Pelanggan boleh membuat sebarang jumlah transaksi dalam tempoh 24 jam seterusnya selagi baki had mencukupi.)

    Selasa, 6.30pm

    RM21,000

    RM0

    Tidak berjaya

    (Melebihi had RM20,000. Tempoh 24 jam akan bermula semula atas tujuan keselamatan. Had transaksi akan tersedia semula pada Rabu, 6.30pm.)

    Selasa, 10.00pm

    RM500

    RM0

    Tidak berjaya

    (Masih dalam tempoh sekatan 24 jam kerana percubaan terakhir pada Selasa, 6.30pm adalah tidak berjaya.

    Percubaan pada 10.00pm juga akan memulakan semula tempoh 24 jam. Transaksi hanya boleh dibuat selepas 10.00pm pada hari Rabu..)

    Rabu. 10.01pm

    RM500

    RM19,500

    Berjaya

    (Had 24 jam telah ditetapkan semula.)

  9. Apakah transaksi yang termasuk dalam had transaksi terkumpul 24 jam sebanyak RM20,000?
    • Pemindahan Dana Antara Bank (IBFT), Interbank Giro (IBG), Pemindahan Pihak Ketiga
    • Pemindahan ke akaun Tabung Haji dan ASNB
    • Maybank2u Online Banking, juga dikenali sebagai FPX atau DuitNow Online Banking/Wallet
    • Pay Bills atau JomPAY
    • Reload
    • Pemindahan Dana Luar Negara(Foreign Telegraphic Transfer, Maybank Overseas Transfer, DuitNow Overseas Transfer, Western Union, M2U Visa Direct, Maybank-Bakong Transfer)

    Contoh cara had transaksi terkumpul RM20,000 digunakan:

    Senario

    Keputusan

    Had ditetapkan pengguna sebanyak RM2,000 untuk pemindahan pihak ketiga dicapai terlebih dahulu

    Transaksi yang dilakukan

    • RM2,500 melalui pemindahan pihak ketiga

    Tidak berjaya

    • Melebihi had transaksi yang ditetapkan oleh pengguna.
    • Amaun tersebut tetap dikira dalam had transaksi terkumpul RM20,000.

    Baki had terkumpul: RM17,500

    Had terkumpul melibatkan beberapa perkhidmatan

    Transaksi yang dilakukan:

    • RM5,000 melalui IBFT
    • RM8,000 melaui Pay Bills / JomPAY
    • RM4,000 melalui Reload

    Berjaya

    • Jumlah RM17,000 dikira dalam had transaksi terkumpul RM20,000.

    Baki had terkumpult: RM3,000

    Had terkumpul digunakan sepenuhnya

    Transaksi yang dilakukan:

    • RM20,000 melalui IBFT

    Berjaya

    • Had transaksi terkumpul RM20,000 telah digunakan sepenuhnya.
    • Sebarang transaksi seterusnya dalam tempoh 24 jam akan gagal.
    • Had transaksi terkumpul akan ditetapkan semula selepas 24 jam.

Mengapa perlu kemas kini peranti dan pelayar web anda


Versi pelayar web dan OS peranti yang lama tidak lagi menerima kemas kini keselamatan penting, menjadikannya lebih terdedah kepada risiko seperti pencerobohan data, perisian hasad dan akses tanpa kebenaran. Bagi melindungi pengalaman perbankan dalam talian anda serta memastikan akses tanpa gangguan, kami amat menggalakkan anda untuk mengemas kini pelayar web dan sistem operasi mudah alih kepada versi terkini yang disokong.

Versi yang disyorkan untuk peranti dan pelayar web anda


UNTUK OS PERANTI

Peranti

Versi OS yang Disyorkan

Apple

iOS 18 dan ke atas

Android

Android OS 13 dan ke atas

Nota: Kami akan terus mengemas kini versi yang disyorkan ini berdasarkan keperluan Apple dan Google.
 

UNTUK PELAYAR WEB

Pelayar Web

Versi yang Disyorkan

Chrome (Windows)

Versi 110 dan ke atas

Microsoft Edge (Windows)

Versi 110 dan ke atas

Mozilla Firefox (Windows)

Versi 116 dan ke atas

Opera

Versi 96 dan ke atas

Safari (Apple)

Versi 18 dan ke atas

Pastikan peranti anda sentiasa dikemas kini dengan promosi berikut


Tidak dapat kemas kini peranti anda sekarang? Jangan risau. Kami telah bekerjasama dengan rakan-rakan telco untuk menawarkan promosi menarik agar anda dapat menikmati perbankan dalam talian yang lebih selamat dengan peranti yang sentiasa dikemas kini

 

Tawaran Peranti

CompAsia

Dapatkan peranti terpakai berkualiti tinggi dengan diskaun sehingga RM100.

Maklumat lanjut: https://compasia.my/pages/maybank

 

Huawei

Dapatkan diskaun 10% untuk semua peranti Huawei dengan kod AHWMBB10. Sah dari 3 April hingga 2 Julai 2026.

Klik sini untuk maklumat lanjut.

 

Oppo

Tak perlu risau lagi dengan air atau habuk. #OPPOA6_5G hadir dengan perlindungan IP69 untuk ketahanan lebih padu dalam apa jua situasi.

Maklumat lanjut: https://tinyurl.com/msc8krky

 

Pakej Peranti Telco

CelcomDigi

Telefon percuma bersama Pakej MegaJimat!

Maklumat lanjut: https://cdlink.net/y0xg

 

Hotlink

Dapatkan telefon 5G percuma dan 1200GB ekstra dengan Hotlink Postpaid!

Maklumat lanjut: https://store.hotlink.com.my

 

U Mobile

Dapatkan telefon 5G pada RM0 sekarang! Hanya dengan U Family & U Postpaid.

Maklumat lanjut: http://u.com.my/mbbfree