Penetapan PIN Aplikasi MAE akan memerlukan Pengesahan Identiti, Berkuat Kuasa Mulai 7 April 2026
Pelanggan Yang Dihormati,
Untuk melindungi akaun anda dengan lebih baik, kami ingin memperkenalkan proses pengesahan keselamatan baharu untuk penetapan semula PIN aplikasi MAE, berkuat kuasa 7 April 2026. Kemas kini ini hanya untuk pengguna Individu/Pemilik Tunggal sahaja.
Jika anda perlu menetapkan semula PIN aplikasi MAE anda, sahkan identiti anda melalui salah satu kaedah berikut:
- Kaedah 1: Pengesahan menggunakan MyKad/Pasport
Imbas ID anda (MyKad/Pasport) dan ambil gambar swafoto dalam aplikasi MAE.
Jika anda tidak dapat melengkapkan pengesahan melalui MyKad/Pasport, gunakan Kaedah 2. - Kaedah 2: Pengesahan menggunakan PIN M2U sementara
Pergi ke mana-mana ATM Maybank untuk menjana PIN M2U sementara, kemudian gunakannya dalam masa 48 jam untuk melengkapkan pengesahan dalam aplikasi MAE.
Jika anda tidak menetapkan semula PIN aplikasi MAE anda atau biasanya menggunakan pengesahan biometrik untuk mengakses aplikasi MAE, tiada tindakan diperlukan daripada anda. Anda boleh terus menggunakan aplikasi MAE seperti biasa.
Layari halaman produk untuk panduan langkah demi langkah dan baca Soalan Lazim di sini.
Untuk bantuan lanjut dengan pengesahan keselamatan, sila kunjungi cawangan Maybank terdekat anda.