Secure2u Kini Ditingkatkan dengan Pengesahan Biometrik
Pelanggan yang Dihargai,
Mulai 29 Oktober 2025, kami akan melaksanakan pengesahan biometrik untuk kelulusan Secure2u di aplikasi MAE secara berperingkat bagi meningkatkan keselamatan pengalaman perbankan dalam talian anda. Penambahbaikan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk melindungi anda daripada penipuan kewangan agar anda dapat berurusan dengan tenang dan yakin.
Dengan ciri baharu ini, setiap kelulusan Secure2u akan disahkan menggunakan ciri biometrik pada peranti anda (Face ID/Pengecaman Wajah atau Cap Jari) bagi mengelakkan kelulusan transaksi tanpa kebenaran. Ini melengkapi ciri keselamatan lain seperti akses satu peranti, Malware Shielding dan Money Lock, bagi memastikan anda dilindungi di setiap langkah perjalanan perbankan bersama kami.
Kelebihannya untuk anda:
- Pertahanan terhadap serangan perisian hasad dan cubaan penipuan
- Perlindungan tambahan setiap kali anda meluluskan transaksi
- Jaminan bahawa hanya anda boleh melengkapkan transaksi tersebut
Penambahbaikan ini akan diperkenalkan terlebih dahulu untuk pemindahan pihak ketiga, Interbank Fund Transfer (IBFT), Interbank Giro (IBG) dan DuitNow, dengan lebih banyak perkhidmatan akan dilaksanakan pada peringkat seterusnya.
Cara ia berfungsi:
|
Jika pengesahan biometrik diaktifkan: |
|
|
Jika pengesahan biometrik tidak diaktifkan atau gagal: |
Luluskan transaksi dengan PIN aplikasi MAE apabila diminta. Ini ialah PIN 6 digit yang anda tetapkan semasa pendaftaran aplikasi MAE. |
Jika anda mengesyaki akaun Maybank2u anda telah diakses tanpa kebenaran, aktifkan Kill Switch melalui aplikasi MAE atau laman web Maybank2u untuk menyekat sementara akses akaun dan melindungi wang anda.
Untuk maklumat lanjut, layari sini.
Terima kasih atas sokongan berterusan anda.