Dari impian kecil ke
jenama besar dalam 10 tahun

dengan Maybank Goal-Based Investment

Kini boleh didapati di aplikasi MAE dan
laman web Maybank2u.

Dari impian di awal usia ke
pengembaraan luar biasa dalam 20 tahun

dengan Maybank Goal-Based Investment

Kini boleh didapati di aplikasi MAE dan
laman web Maybank2u.

Dari usaha tak henti ke
persaraan yang diidami dalam 30 tahun

dengan Maybank Goal-Based Investment

Kini boleh didapati di aplikasi MAE dan
laman web Maybank2u.

Apa itu Maybank Goal-Based Investment?

Ini adalah alat pelaburan mesra pengguna baharu yang dicipta untuk membantu anda mencapai matlamat kewangan dengan pelaburan Dana Unit Amanah serendah RM200.


Mulakan dengan mensimulasikan pelaburan bulanan berdasarkan matlamat peribadi anda, kemudian rancang sebaiknya mengikut toleransi risiko dan jangka masa pilihan anda

Mula dengan matlamat

Kewangan

Gandakan wang anda dari
saat anda mula melabur.

Kewangan

52%

rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas masih belum mula melabur.*

*Berdasarkan Kajian Celik Kewangan Malaysia Ringgit Plus 2022.

Dengan Maybank Goal-Based Investment, anda hanya perlukan RM200 untuk mula.

Pendidikan

Cerahkan masa depan anak anda dengan
memberikan mereka peluang untuk
mengejar impian.

Pendidikan

49%

pelajar Malaysia berhutang untuk menampung pengajian tinggi mereka.*

*Berdasarkan Kajian Pelajar Global 2022 oleh Chegg.org.

Mula menabung untuk masa depan anak anda dengan Maybank Goal-Based Investment.

Persaraan

Capai kebebasan kewangan
menjelang tempoh persaraan.

Persaraan

34%

rakyat Malaysia belum memulakan perancangan kewangan untuk persaraan mereka.*

*Berdasarkan Kajian Celik Kewangan Malaysia Ringgit Plus 2022.

Masih belum terlambat untuk
mula! Uruskan dana dengan
mudah menggunakan Maybank
Goal-Based Investment.

Kenapa perlu melabur dengan kami?

Gandakan wang anda dengan Maybank Goal-Based Investment.

Diurus oleh pengurus dana profesional
Mula melabur serendah RM200
Dana patuh Shariah boleh didapati
Labur dalam talian - tanpa perlu ke cawangan
Caj jualan daripada
0% ke 1.5%
Nikmati pelaburan fleksibel tanpa tempoh terkunci
Diurus oleh pengurus dana profesional
Mula melabur serendah RM200
Dana patuh Shariah boleh didapati
Labur dalam talian - tanpa perlu ke cawangan
Caj jualan daripada
0% ke 1.5%
Nikmati pelaburan fleksibel tanpa tempoh terkunci

Terokai dana-dana
kami yang ada

Sebaik sahaja anda mempunyai pelan pelaburan, anda boleh
pilih dana pilihan yang disarankan oleh pakar kami
berdasarkan profil risiko anda.

Lihat dana yang ada berdasarkan
tahap risiko:

Risiko rendah

Risiko tinggi

Konservatif

Anggaran pulangan tahunan setinggi

4.33% setahun*

Sesuai untuk pelabur yang ingin mencapai pulangan yang lebih baik daripada kadar Deposit Tetap-i Maybank dan bersedia menanggung kerugian minimum dalam jangka pendek demi memelihara modal pelaburan.

DANA BERFOKUS

Money Market

Maybank Retail Money Market-i Fund

*Pengiraan prestasi Dana adalah berdasarkan pengagihan bersih seunit (sen) pada 30 September 2022. Prestasi Dana masa lalu tidak boleh dianggap sebagai petunjuk prestasi masa depannya. Tiada jaminan bahawa Dana-dana tersebut akan mencapai objektif pelaburan mereka.

Konservatif Sederhana

Anggaran pulangan tahunan setinggi

6.78% setahun*

Sesuai untuk pelabur yang mencari pulangan yang jauh lebih baik daripada deposit tetap bank dan mereka yang bersedia menanggung lebih daripada kerugian minimum untuk potensi pulangan yang lebih tinggi.

DANA BERFOKUS

Fixed Income

Maybank Malaysia Sukuk Fund

Fixed Income

Maybank Malaysia Income-i Fund

Fixed Income

Maybank Income Flow-i Fund

Fixed Income

Maybank Income Management-i Fund

*Pengiraan prestasi Dana adalah berdasarkan jumlah pulangan Tahunan untuk tahun kewangan berakhir 31 Mei 2023. Prestasi Dana masa lalu tidak boleh dianggap sebagai petunjuk prestasi masa depannya. Tiada jaminan bahawa Dana-dana tersebut akan mencapai objektif pelaburan mereka.

Seimbang

Anggaran pulangan tahunan setinggi

5-7% setahun*

Sesuai untuk pelabur yang mencari pertumbuhan modal sederhana dan bersedia menanggung risiko dan kerugian sederhana untuk pulangan berpotensi.

DANA BERFOKUS

Mixed Assets

Maybank Global Mixed Assets-i Fund

Fixed Income

MAMG Global Income-i Fund

Mixed Asset

Maybank Global Wealth Conservative-i Fund

*Tiada jaminan bahawa Dana-dana tersebut akan mencapai objektif pelaburan mereka. Pengagihan dijana daripada hasil dan/atau modal untuk kelas pengurangan.

Agresif Sederhana

Anggaran pulangan tahunan setinggi

9.88% setahun*

Sesuai untuk pelabur yang mencari pertumbuhan modal yang lebih tinggi dan mereka yang bersedia menanggung risiko dan kerugian yang lebih tinggi untuk potensi mendapatkan pulangan yang lebih tinggi.

DANA BERFOKUS

Equity

Maybank Asiapac Ex-Japan Equity-i Fund

Fixed Income

MAMG Global Dividend Fund - MYR Class

Equity

United Golden Opportunity Fund - MYR Hedged Class

Equity

United Global Quality Equity Fund - MYR Hedged

*Pengiraan prestasi Dana adalah berdasarkan jumlah pulangan Tahunan untuk tahun kewangan berakhir 30 Jun 2023. Prestasi Dana masa lalu tidak boleh dianggap sebagai petunjuk prestasi masa depannya. Tiada jaminan bahawa Dana-dana tersebut akan mencapai objektif pelaburan mereka.

Akan Datang

Agresif

Sesuai untuk pelabur yang mencari pertumbuhan modal yang agresif dan mereka yang bersedia menanggung risiko dan kerugian yang jauh lebih tinggi untuk potensi pulangan maksimum.

Kandungan di atas bukan merupakan cadangan untuk melabur dalam produk unit amanah. Klik di sini untuk penafian penuh mengenai dana-dana.

Baca Soalan Lazim kami di bawah untuk maklumat lanjut tentang Maybank Goal-Based Investment.

1
Berapakah matlamat boleh saya pilih?

Anda boleh pilih sehingga 10 matlamat secara keseluruhan:

  • Maksimum 1 Matlamat Persaraan

  • Sehingga 3 Dana Pendidikan untuk diri sendiri

  • Sehingga 3 Dana Pendidikan untuk anak

  • Sehingga 3 Matlamat Kewangan

2
Adakah saya akan dikenakan yuran atau caj tersembunyi?

Bergantung kepada portfolio yang dipilih, caj jualan satu kali akan dikenakan antara 0% hingga 1.5% untuk setiap deposit (termasuk deposit permulaan, tambah nilai dan Monthly Auto-Deposits). Sila ambil maklum bahawa caj jualan mungkin berubah dari semasa ke semasa tanpa notis awal.

3
Adakah GBI hanya untuk pelanggan Maybank/Maybank2u?

Ya, anda memerlukan akaun berikut untuk melabur dalam Maybank Goal-Based Investment:

  • Akaun simpanan/semasa Maybank dengan akses Maybank2u aktif (akaun bersama tidak layak)

  • Akaun Unit Amanah Maybank


Jika anda sudah menjadi pelanggan Maybank tetapi belum mengaktifkan akses Maybank2u anda, pergi ke www.maybank2u.com.my dan klik 'Register Now' di sudut kanan atas skrin.


Jika anda belum menjadi pelanggan Maybank, pergi ke www.maybank2u.com.my dan klik 'Open Account' di bahagian bawah skrin.

4
Apa itu caj jualan?

Caj jualan ialah bayaran yang dikenakan ke atas jumlah transaksi anda semasa membeli Unit Amanah. Caj jualan akan berbeza bergantung pada jenis Unit Amanah yang dibeli.





Ya, saya bersedia untuk melabur.

*Penafian: Caj jualan bergantung pada tahap risiko portfolio unit amanah yang dipilih, yang boleh melebihi 0%. Pelabur sekali lagi dinasihatkan untuk membaca dan memahami kandungan Prospektus sebelum melabur. Antaranya, para pelabur harus mempertimbangkan yuran dan caj yang terlibat. Harga unit dan pengagihan pendapatan, jika ada, mungkin naik atau turun. Prestasi masa lalu Dana tidak boleh dianggap sebagai petunjuk prestasi masa depannya. Produk Unit Amanah tidak diinsuranskan oleh PIDM. Klik di sini untuk Terma dan Syarat penuh.