Sila ambil maklum, bermula 5 Disember 2024, had berikut akan diperkenalkan pada ciri pembayaran bil untuk meningkatkan keselamatan transaksi anda.
Semua had pembayaran sebelum ini akan ditetapkan semula kepada had asal harian baharu. Perubahan ini membantu mengurangkan risiko sekiranya berlaku akses tanpa kebenaran, memastikan pengalaman perbankan dalam talian yang lebih selamat.
Had-had pembayaran adalah seperti berikut:
Jenis Had Pembayaran |
Had Harian Asal |
Had Harian Maksimum |
---|---|---|
Pembayaran Bil: |
||
Produk & Perkhidmatan Maybank | RM3,000 | Tiada Had |
Lain-lain termasuk pembayaran Zakat | RM3,000 | RM100,000.00 |
JomPay |
RM3,000 |
RM50,000.00 |
Perubahan ini melibatkan transaksi-transaksi pada laman web Maybank2u dan aplikasi MAE.
Untuk senarai penuh perkhidmatan yang terlibat oleh tempoh bertenang, sila rujuk bahagian di bawah.
Kami mengesyorkan agar anda menyemak dan menurunkan had transaksi Maybank2u anda supaya sesuai dengan keperluan perbelanjaan anda. Anda juga perlu memantau transaksi dan menyesuaikan had Pay dan Transfer anda untuk mengurangkan risiko transaksi tidak sah. Jika anda mengesan sebarang transaksi mencurigakan atau menjadi scam, segera hubungi talian anti-penipuan Maybank yang beroperasi 24/7 di 03-5891 4744 atau Pusat Respons Scam Kebangsaan di 997.