Back

Kemas Kini Sistem Pengendalian Update (OS) dan Pelayar Web Anda

Pastikan OS peranti dan pelayar web anda dikemas kini untuk perlindungan keselamatan terkini dan pengalaman perbankan dalam talian yang lebih selamat.

Click here for English 

Mengapa perlu kemas kini peranti dan pelayar web anda


Keselamatan perbankan dalam talian anda adalah keutamaan kami, dan kami menggalakkan anda untuk sentiasa mengemas kini sistem pengendalian (OS) dan pelayar web peranti anda kepada versi terkini.

Mengemas kini peranti dan pelayar web anda boleh mengurangkan risiko digodam, melindungi maklumat peribadi anda, dan memberikan pengalaman perbankan dalam talian yang lebih selamat apabila menggunakan aplikasi MAE dan laman web Maybank2u.

Versi yang disyorkan untuk peranti dan pelayar web anda


UNTUK OS PERANTI

Peranti

Versi OS yang Disyorkan

Apple

iOS 16 dan ke atas

Android

Android OS 14 dan ke atas

Nota: Kami akan terus mengemas kini versi yang disyorkan ini berdasarkan keperluan Apple dan Google.
 

UNTUK PELAYAR WEB

Pelayar Web

Versi yang Disyorkan

Chrome (Windows)

Versi 109 dan ke atas

Microsoft Edge (Windows)

Versi 109 dan ke atas

Mozilla Firefox (Windows)

Versi 115 dan ke atas

Safari (Apple)

Versi 14 dan ke atas

Pastikan peranti anda sentiasa dikemas kini dengan promosi berikut


Tidak dapat kemas kini peranti anda sekarang? Jangan risau. Kami telah bekerjasama dengan rakan-rakan telco untuk menawarkan promosi menarik agar anda dapat menikmati perbankan dalam talian yang lebih selamat dengan peranti yang sentiasa dikemas kini

 

Pakej Peranti Telco

Hotlink

 Telefon 5G percuma dengan pelan Hotlink Postpaid dari RM60/sebulan!

Maklumat lanjut: https://store.hotlink.com.my

(Sila taipkan pautan ini di pelayar anda untuk melayari laman web)

 

CelcomDigi

Miliki telefon 5G percuma dengan Pakej MegaJimat\

Maklumat lanjut: https://cdlink.net/4PTX

(Sila taipkan pautan ini di pelayar anda untuk melayari laman web)

 

U Mobile

Telefon 5G PERCUMA menanti anda! Sesuai dipadankan dengan pelan U Family & U Postpaid!

Maklumat lanjut: https://www.u.com.my/en/personal/devices/unbeatable-5g-devices?utm_source=Maybank&utm_medium=Web&utm_campaign=B1F15G

(Sila taipkan pautan ini di pelayar anda untuk melayari laman web)

 

Device-Only Deals

CompAsia

Dapatkan peranti terpakai berkualiti tinggi dengan diskaun sehingga RM120.

Maklumat lanjut: https://compasia.my/pages/maybank

(Sila taipkan pautan ini di pelayar anda untuk melayari laman web)

 

OPPO

Miliki telefon pintar OPPO A5 Pro serendah RM899

Maklumat lanjut: https://www.oppo.com/my/shops/

(Sila taipkan pautan ini di pelayar anda untuk melayari laman web)

SOALAN LAZIM


UNTUK OS PERANTI

1. Bagaimana saya boleh semak atau kemas kini sistem pengendalian (OS) peranti saya?
Pergi ke ‘Settings’ di peranti anda, kemudian pilih ‘About Device’. Di situ anda boleh semak atau kemas kini OS peranti anda.

2. Saya tidak boleh kemas kini OS peranti saya. Apa yang perlu saya lakukan?
Sila semak sama ada peranti anda menyokong versi OS yang disyorkan.

3. Apa yang akan berlaku jika saya tidak mengemas kini OS?
Kemas kini OS dapat membantu menjadikan pengalaman perbankan lebih selamat dan lancar. Kami amat menggalakkan anda untuk mengemas kini kepada Android OS 14 ke atas atau iOS 16 ke atas bagi perlindungan yang lebih baik dan akses kepada ciri terkini dalam aplikasi MAE.

4. Peranti saya lama dan tidak menyokong OS baharu. Apa yang perlu saya lakukan?
Jika peranti anda tidak menyokong OS terkini, kami sarankan untuk menggunakan peranti baharu yang menyokongnya. Ini akan memberikan pengalaman yang lebih baik semasa menggunakan aplikasi MAE. Nota: Jika anda memasang aplikasi MAE pada peranti baharu, anda perlu mengaktifkan semula Secure2u di ATM Maybank, dengan tempoh bertenang minimum selama 12 jam. Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini.

5. Bolehkah saya masih menggunakan Maybank2u web?
Ya, anda masih boleh log masuk ke Maybank2u melalui pelayar web peranti anda. Namun, untuk perlindungan keselamatan yang lebih baik, kami menggalakkan anda mengemas kini OS peranti anda jika boleh, terutamanya untuk menggunakan aplikasi MAE.

6. Saya tidak pasti sama ada peranti saya menyokong OS yang disyorkan. Bagaimana saya boleh semak?
Sila rujuk laman web rasmi pengeluar peranti anda untuk menyemak senarai OS yang disokong.

 

UNTUK PELAYAR WEB

1. Bolehkah saya akses Maybank2u dengan pelayar web versi lama?
Tidak. Jika pelayar web anda sudah lama dan tidak serasi dengan laman Maybank2u, anda akan diminta untuk mengemas kininya terlebih dahulu. Selepas dikemas kini, anda boleh log masuk semula seperti biasa mengikut versi yang disyorkan.

2. Akses Maybank2u saya terasa perlahan. Apa patut saya lakukan?
Pelayar yang tidak dikemas kini boleh menyebabkan akses menjadi perlahan atau tidak stabil. Kami syorkan anda mengemas kini pelayar web anda ke versi terkini untuk pengalaman yang lebih baik dan sesuai dengan Maybank2u.

3. Mengapa saya perlu kemas kini pelayar web?
Kemas kini pelayar web membantu anda menikmati akses yang lebih pantas dan pengalaman keselamatan yang lebih baik semasa menggunakan perkhidmatan perbankan dalam talian.

4. Bagaimana saya boleh semak jika pelayar web saya sudah dikemas kini?
Setiap pelayar mempunyai cara semakan yang berbeza. Kami syorkan anda pergi ke bahagian ‘Settings’ pada pelayar yang anda gunakan untuk semak versi semasa.