Back

Kenaikan Had Gabungan untuk Servis Pemindahan Luar Negara Terpilih

Klik di sini untuk English

Pelanggan yang Dihormati,

Mulai 7 April 2025, jumlah had gabungan bagi pemindahan dana harian telah dinaikkan untuk perkhidmatan Pemindahan Telegrafik Luar Negara (FTT), Pemindahan Luar Negara Maybank (MOT), Pemindahan Bakong* dan Pemindahan Luar Negara DuitNow*. Ini bermakna, anda boleh menghantar atau memindahkan dana pada jumlah yang lebih tinggi secara mudah.

Saluran

Had Gabungan Harian

Had Gabungan Harian
(bermula 7 April 2025)

Individu (melalui aplikasi MAE / web M2U)

RM49,999

RM100,000

Pemilik Tunggal (melalui aplikasi MAE / web M2U)

RM49,999

RM150,000

*Sila ambil maklum yang had harian untuk Pemindahan Bakong dan Pemindahan Luar Negara DuitNow dikekalkan pada RM10,000 dan RM3,000 sehari.

Sekiranya peningkatan had dilakukan, tempoh bertenang selama 12 jam akan dijalankan sebelum had baru diaktifkan. Dalam tempoh ini anda hanya boleh melakukan transaksi luar negara dengan  had yang sedia ada. Kami akan menghantar notifikasi atau SMS semasa tempoh bertenang bermula dan berakhir. Untuk maklumat lanjut tentang peningkatan had pemindahan, klik di sini.

Sila kemaskini aplikasi MAE anda melalui App Store, Google Play atau Huawei AppGallery untuk menikmati had baru anda. Elakkan dari memuat turun fail APK dari sumber yang tidak sah untuk melindungi peranti anda daripada perisian hasad (malware). Ketahui lebih lanjut tentang aplikasi MAE di sini.

Berikut merupakan contoh senario untuk membantu anda memahami tentang had gabungan pemindahan yang baru, sekiranya anda telah pun menetapkan jumlah maksimum bagi pemindahan had harian:

Akaun Individu (Had gabungan harian: RM100,000)

Senario

Contoh Jumlah Pemindahan

Jumlah Baki Pemindahan Tersedia Pada Hari yang Sama

Contoh 1

Pemindahan dana berjumlah RM75,000 melalui

  • FTT: RM35,000
  • MOT: RM40,000

Jumlah baki had RM25,000 boleh dipindahkan melalui

  • FTT atau MOT: Sehingga RM25,000, atau
  • Pemindahan Bakong: Sehingga RM10,000, atau
  • Pemindahan Luar Negara DuitNow: Sehingga RM3,000*

Contoh 2

Pemindahan dana berjumlah RM100,000 melalui:

  • FTT: RM60,000
  • MOT: RM40,000

Anda telah mencapai had pemindahan harian anda. Sebarang pemindahan boleh dilakukan pada hari berikutnya.


Akaun
Pemilik Tunggal (Had gabungan harian: RM150,000)

Senario

Contoh Jumlah Pemindahan

Jumlah Baki Pemindahan Tersedia Pada Hari yang Sama

Contoh 1

Pemindahan dana berjumlah RM70,000 melalui:

  • FTT: RM30,000
  • MOT: RM40,000

Jumlah baki had RM80,000 boleh dipindahkan melalui

  • FTT atau MOT: Sehingga RM80,000

Contoh 2

Pemindahan dana berjumlah RM150,000 melalui:

  • FTT: RM100,000
  • MOT: RM50,000

Anda telah mencapai had pemindahan harian anda. Sebarang pemindahan boleh dilakukan pada hari berikutnya.


Untuk maklumat lanjut tentang servis Pemindahan Telegrafik Luar Negara, klik di sini.

Untuk maklumat lanjut tentang servis Pemindahan Luar Negara Maybank, klik di sini.

Untuk maklumat lanjut tentang servis Pemindahan Bakong, klik di sini.

Untuk maklumat lanjut tentang servis Pemindahan Luar Negara DuitNow, klik di sini.