Back

Pengumuman Penting: Hanya Secure2u melalui aplikasi MAE sahaja bagi meluluskan kesemua transaksi MAE dan M2U tidak lama lagi.

Click here for English.

Pelanggan yang dihormati,

Bermula daripada 1 Julai 2023, Secure2u akan dialihkan ke aplikasi MAE bagi mempertingkatkan sekuriti perbankan anda. Hanya Secure2u melalui aplikasi MAE yang akan digunakan untuk meluluskan kesemua transaksi yang dibuat melalui web Maybank2u, atau melalui aplikasi M2U MY dan aplikasi MAE.

Secure2u melalui aplikasi MAE mempunyai ciri sekuriti tambahan bagi melindungi akaun dan wang anda untuk memastikan perbankan yang terselamat. Peningkatan sekuriti perbankan ini adalah selaras dengan hala tuju Bank Negara Malaysia untuk memerangi penipuan kewangan.

Sila aktifkan Secure2u anda melalui aplikasi MAE anda sekarang.

Sila ambil perhatian tentang tempoh pengaktifan selama 12 jam bagi:

  • Pengaktifan Secure2u dalam aplikasi MAE buat pertama kali, atau
  • Pengaktifan Secure2u dalam aplikasi MAE untuk peranti yang baru.

Dalam tempoh pengaktifan 12 jam ini, sebarang transaksi yang memerlukan Secure2u tidak akan dibenarkan.

Cara-cara untuk mengaktifkan Secure2u pada aplikasi MAE anda.

Langkah 1: Muat turun aplikasi MAE di Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery

Langkah 2: Lancarkan aplikasi MAE dan klik Secure2u' di “Quick Actions”

Langkah 3: Klik “Activate Now” untuk mengaktifkan Secure2u pada MAE.

Langkah 4: Sahkan nombor telefon bimbit anda dan masukkan One Time Password (OTP) yang diterima melalui SMS

Langkah 5: Masukkan nombor ID M2U anda

Langkah 6: Sahkan nama peranti anda dan anda sekarang sudah bersedia!

Untuk video bagi cara-cara mengaktifkan Secure2u pada aplikasi MAE app anda, sila tonton di sini:

Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang:

  1. Secure2u pada aplikasi MAE
  2. Secure2u
  3. FAQ untuk Secure2u

Untuk keterangan lebih lanjut, emel kami di mgcc@maybank.com.