Back

(DIKEMAS KINI) Transaksi yang memerlukan kebenaran melalui Secure2u pada MAE

Click here for English

Pelanggan Yang Dihormati,

Harap maklum bahawa Secure2u akan menjadi satu-satunya kaedah pengesahan untuk mengesahkan transaksi berikut:

Tarikh Berkuat Kuasa

Perkhidmatan

Transaksi 

5 Mac 2023

Tetapan: Had Transaksi

(Settings: Transfer Limit)

  • Pemindahan Pihak Ketiga (Maybank ke Maybank)
  • Pemindahan Antara Bank (DuitNow, DuitNow-Transfer dan GIRO)
  • Pemindahan Luar Negara
  • Pemindahan Maybank Islamic Gold Account-i (MIGA-i) 
  • Pemindahan Maybank-Bakong
  • Pembayaran FPX

14 Mac 2023

Simpanan Tetap

(Fixed Deposit)

  • Tambah Simpanan Tetap 
  • Urus Simpanan Tetap

Tabung Haji

(Tabung Haji)

  • Edit 'Favourite' Pemindahan Tabung Haji Pihak Ketiga 
  • Padam 'Favourite' Pemindahan Tabung Haji Pihak Ketiga 

Pembayaran & Pemindahan

(Pay & Transfer)

  • Pembayaran Secara One-off kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN)
  • Pembayaran Secara One-off kepada Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK)
  • Pembayaran Secara One-off kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Pemindahan Dana Luar Negara

(Overseas Fund Transfer)

  • Edit 'Favourite' Pemindahan Dana Luar Negara

Kad Kredit

(Credit Cards)

  • Aktifkan Kad Kredit
  • Tukar/Tetapkan Pin Kad Kredit
  • Mohon Pindahan Baki/-i

Tetapan

(Settings)

  • Kemas kini Alamat pada bahagian Maklumat Perhubungan
  • Kemas kini Alamat Emel pada bahagian Maklumat Perhubungan
  • Kemas kini Nombor Telefon pada bahagian Maklumat Perhubungan
  • Tukar/Tetapkan Soalan Keselamatan

 

Ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk meningkatkan tahap keselamatan perbankan dalam talian, sejajar dengan pengumuman terkini Bank Negara Malaysia untuk mempertingkatkan usaha memerangi penipuan kewangan.

Cara untuk mengaktifkan Secure2u pada aplikasi MAE:

Langkah 1: Lancarkan aplikasi dan tekan ‘Secure2u’ pada bahagian Quick Actions

Langkah 2: Tekan ‘Activate Now’

Langkah 3: Sahkan nombor telefon anda dan masukkan Kata Laluan Satu Kali (OTP) yang diterima melalui SMS

Langkah 4: Masukkan nombor ID anda

Langkah 5: Sahkan nama peranti anda dan selesai!

Sila ambil perhatian juga bahawa tempoh pengaktifan 12 jam akan dikenakan apabila anda mengaktifkan Secure2u pada aplikasi MAE buat kali pertama atau apabila anda mengaktifkan Secure2u pada aplikasi MAE pada peranti lain. Dalam usaha untuk menyekat pengesahan transaksi tidak sah, anda hanya boleh menggunakan Secure2u untuk meluluskan transaksi selepas 12 jam.

Cara-cara untuk menggunakan Secure2u:

Langkah 1: Log masuk ke aplikasi MAE atau laman web Maybank2u untuk melakukan transaksi.

Langkah 2: Anda akan menerima notifikasi Secure2u melalui aplikasi MAE pada peranti anda yang berdaftar.

Langkah 3: Buka notifikasi dan tekan sahaja untuk luluskan atau tolak transaksi tersebut, anda tak perlu log masuk lagi!

Kini anda boleh membuat pengesahan dengan lebih selamat dan cepat dengan Secure2u pada aplikasi MAE, ia tersedia untuk dimuat turun di sini:

Sekiranya anda masih menggunakan Secure2u pada aplikasi M2U MY, anda masih boleh mengesahkan transaksi seperti biasa. Walau bagaimanapun, kami menyarankan agar anda beralih ke aplikasi MAE kerana ia juga dilengkapi dengan semua perkhidmatan yang ada pada M2U dan banyak lagi.

Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang Secure2u dan video panduan langkah demi langkah. Sebagai alternatif, emelkan kepada kami di mgcc@maybank.com untuk pertanyaan lanjut.

Terima kasih.