[DIKEMAS KINI] Lebih banyak transaksi memerlukan pengesahan melalui Secure2u pada MAE
Click here for English.
Pelanggan Yang Dihormati,
Bermula daripada 1 Julai 2023, pengesahan Secure2u untuk transaksi berikut akan dibuat melalui aplikasi MAE sahaja bagi mempertingkatkan sekuriti perbankan anda:
| Terpakai Kepada | Perkhidmatan | Transaksi |
|---|---|---|
|
Transaksi di aplikasi MAE, bermula 12 Jun 2023 |
eDeposit Tetap (eFixed Deposit) |
|
|
Tetapan (Settings) |
|
|
|
Pengeluaran Tunai ATM (ATM Cash-out) |
|
|
|
ASNB (ASNB) |
|
|
|
Scan & Pay (Scan & Pay) |
|
|
|
Transaksi laman web Maybank2u, bermula 12 Jun 2023 |
Akaun M2U-Saver-i (M2U-Saver-i Account) |
|
|
Unit Trust (Unit Trust) |
|
|
|
Pay & Transfer (Pay & Transfer) |
|
|
|
Pinjaman (Loans) |
|
|
|
ASB Financing/-i (ASB Financing/-i) |
|
|
|
Tetapan (Settings) |
|
Sekiranya anda masih menggunakan aplikasi M2U bagi pengesahan Secure2u, sila beralih kepada pengesahan Secure2u melalui aplikasi MAE kerana ia akan menjadi satu-satunya aplikasi untuk mengesahkan transaksi melalui Secure2u mulai 1 Julai 2023. Ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk meningkatkan tahap keselamatan perbankan dalam talian selaras dengan hala tuju Bank Negara Malaysia untuk memerangi penipuan kewangan.
Langkah 1: Lancarkan aplikasi dan tekan ‘Secure2u’ pada bahagian Quick Actions
Langkah 2: Tekan ‘Activate Now’
Langkah 3: Sahkan nombor telefon anda dan masukkan Kata Laluan Satu Kali (OTP) yang diterima melalui SMS
Langkah 4: Masukkan nombor ID anda
Langkah 5: Sahkan nama peranti anda dan selesai!
Sila ambil perhatian juga bahawa tempoh pengaktifan bagi pengaktifan Secure2u melalui aplikasi MAE akan mengambil tempoh minima 12 jam bagi pengaktifan Secure2u pada aplikasi MAE buat kali pertama atau apabila pengaktifan Secure2u pada aplikasi MAE pada peranti lain/baru. Dalam tempoh pengaktifan selama minima 12 jam ini, sebarang transaksi yang memerlukan pengesahan Secure2u tidak akan dibenarkan.
Cara untuk menggunakan Secure2u:
Langkah 1: Log masuk ke aplikasi MAE atau laman web Maybank2u untuk melakukan transaksi.
Langkah 2: Anda akan menerima notifikasi Secure2u melalui aplikasi MAE pada peranti anda yang berdaftar.
Langkah 3: Buka notifikasi dan klik sahaja untuk meluluskan atau menolak transaksi tersebut, anda tidak perlu log masuk lagi!
Kini anda boleh membuat pengesahan dengan lebih selamat dan cepat dengan Secure2u pada aplikasi MAE, tersedia untuk dimuat turun di sini:

Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang Secure2u dan video panduan langkah demi langkah. Sebagai alternatif, emelkan kepada kami di mgcc@maybank.com untuk pertanyaan lanjut.
Terima kasih.