Back

[DIKEMAS KINI] Transaksi yang memerlukan pengesahan melalui Secure2u pada MAE

Click here for English.

Pelanggan Yang Dihormati,

Harap maklum bahawa mulai 12 April 2023, Secure2u akan menjadi satu-satunya kaedah pengesahan untuk transaksi berikut, yang dilalukan melalui laman web Maybank2u:

Perkhidmatan

Transaksi

Simpanan Tetap

  • Membuat penempatan dana

Kad Debit

  • Gantikan/perbaharui kad
  • Tetapkan had tanpa sentuh
  • Pengaktifan e-dagang

Pemindahan Luar Negara Maybank (Maybank Overseas Transfer)

  • Pemindahan ke Singapura (Transfer to Singapore)
  • Tambah ‘Favourite’ pemindahan ke Singapura

My Goals

  • Cipta matlamat
  • Padam matlamat
  • Tambah nilai matlamat

Wills & Wasiat

  • Tulis wasiat

Ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk meningkatkan tahap keselamatan perbankan dalam talian, sejajar dengan saranan terkini Bank Negara Malaysia untuk mempertingkatkan usaha memerangi penipuan kewangan.

Cara untuk mengaktifkan Secure2u pada aplikasi MAE:

Langkah 1: Lancarkan aplikasi dan tekan ‘Secure2u’ pada bahagian Quick Actions

Langkah 2: Tekan ‘Activate Now’

Langkah 3: Sahkan nombor telefon anda dan masukkan Kata Laluan Satu Kali (OTP) yang diterima melalui SMS

Langkah 4: Masukkan nombor ID anda

Langkah 5: Sahkan nama peranti anda dan selesai!

Sila ambil perhatian juga bahawa tempoh pengaktifan 12 jam ‘masa bertenang’ akan dikenakan apabila anda mengaktifkan Secure2u pada aplikasi MAE buat kali pertama atau apabila anda mengaktifkan Secure2u pada aplikasi MAE pada peranti lain. Dalam usaha untuk menyekat pengesahan transaksi yang tidak sah, anda hanya boleh menggunakan Secure2u untuk meluluskan transaksi selepas 12 jam.

Cara untuk menggunakan Secure2u:

Langkah 1: Log masuk ke aplikasi MAE atau laman web Maybank2u untuk melakukan transaksi.

Langkah 2: Anda akan menerima notifikasi Secure2u melalui aplikasi MAE pada peranti anda yang berdaftar.

Langkah 3: Buka notifikasi dan tekan sahaja untuk luluskan atau batalkan transaksi tersebut, anda tidak perlu log masuk sekali lagi!

Kini anda boleh membuat pengesahan dengan lebih selamat dan cepat dengan Secure2u pada aplikasi MAE, yang tersedia untuk dimuat turun di sini:

Sekiranya anda masih menggunakan Secure2u pada aplikasi M2U MY, anda masih boleh mengesahkan transaksi seperti biasa. Walau bagaimanapun, kami menyarankan agar anda beralih ke aplikasi MAE kerana ia juga dilengkapi dengan semua perkhidmatan yang ada pada M2U dan lebih lagi.

Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang Secure2u dan video panduan langkah demi langkah. Sebagai alternatif, emel kami di mgcc@maybank.com untuk pertanyaan lanjut.

Terima kasih.