
Bagaimanakah aplikasi malware berfungsi?
- Dihantar melalui chat, pautan dan sebagainya
- Aplikasi malware ini akan meminta kebenaran untuk menjadi aplikasi SMS yang utama
- Jika anda tekan ‘Benarkan’, ia akan mencuri SMS, TAC/OTP dan juga butiran perbankan anda
Apakah yang saya boleh lakukan jika saya telah menekan ‘Benarkan’ dan butiran perbankan saya telah terjejas?
- Padamkan aplikasi malware tersebut
- Tukarkan kalau laluan perbankan anda
- Laporkan sebarang transaksi mencurigakan ke 03-58914744
Apakah yang akan berlaku sekiranya anda memuat turun aplikasi malware?
- Aplikasi tersebut akan memaparkan laman web pembayaran palsu untuk anda melakukan bayaran
- Laman web pembayaran palsu ini direka untuk mencuri butiran peribadi anda

Tips keselamatan
- SENTIASA semak semula untuk pastikan laman web tersebut sah sebelum memasukkan butiran log masuk Maybank2u anda
- Sebagai langkah keselamatan, anda HANYA patut meneruskan proses log masuk sekiranya anda melihat imej dan frasa keselamatan anda
- JANGAN masukkan butiran log masuk anda ke laman web dan aplikasi yang tidak anda ketahui kerana butiran peribadi anda boleh dicuri oleh scammer