Kemas Kini Pelayar Web dan OS Anda untuk Akses Tanpa Gangguan di laman web Maybank2u, Aplikasi MAE, M2U Biz dan M2E
Pelanggan yang Dihargai,
Sebagai tanda komitmen berterusan kami untuk sentiasa memastikan pengalaman perbankan dalam talian anda kekal selamat dan lancar, kami ingin memaklumkan bahawa akses ke laman web Maybank2u, aplikasi MAE, M2U Biz (web dan aplikasi), serta M2E (web dan aplikasi) akan dihadkan secara berperingkat bagi pelayar web serta sistem operasi (OS) peranti yang tidak disokong.
Versi pelayar web dan OS peranti yang lama tidak lagi menerima kemas kini keselamatan penting, menjadikannya lebih mudah terdedah kepada risiko seperti pencerobohan data, perisian hasad dan akses tanpa kebenaran. Bagi melindungi pengalaman perbankan dalam talian anda serta memastikan akses yang berterusan, kami amat menggalakkan anda untuk mengemas kini pelayar web dan sistem operasi peranti kepada versi terbaharu yang disokong.
Untuk memastikan peralihan berjalan lancar, kami akan melaksanakan kemas kini ini secara berperingkat, bermula dengan versi pelayar web dan OS yang disenaraikan di bawah. Jika peranti anda tidak menyokong versi OS terkini, kami telah menyusun tawaran istimewa daripada rakan niaga kami di sini untuk membantu anda menaik taraf peranti dengan lebih mudah.
|
Platform |
Apa Yang Anda Perlu Tahu |
|---|---|
|
Laman web Maybank2u web, M2U Biz & M2E |
Akses akan dihentikan pada versi pelayar lama di bawah:
Sila kemas kini pelayar web anda melalui menu ‘Settings’ atau ‘Help’. |
|
Aplikasi MAE, M2U Biz & M2E |
Akses akan dihentikan pada peranti yang menggunakan Android 9, Android 10, iOS 14 atau iOS 15. Peranti dengan versi OS lebih baharu tetapi tidak disokong seperti Android 11 & 12 dan iOS 16 & 17 akan terus mendapat akses kepada MAE. Namun, untuk keselamatan tambahan, had transaksi harian yang lebih rendah mungkin dikenakan. Untuk terus menikmati akses penuh dan had transaksi semasa anda, sila kemas kini OS peranti anda melalui ‘Settings’ kepada versi terkini yang disokong (Android 13 / iOS 18 atau ke atas). |
Peningkatan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk memberikan pengalaman perbankan dalam talian yang lebih selamat dan boleh dipercayai. Terima kasih atas kefahaman dan sokongan anda.
Soalan Lazim (FAQ)
- Bagaimana cara untuk semak atau kemas kini sistem operasi (OS) peranti mudah alih saya?
Pergi ke ‘Settings’ pada peranti anda dan pilih ‘About Device’. Anda akan dapat melihat versi OS semasa dan pilihan untuk menaik tarafnya jika tersedia. - Bagaimana cara untuk semak atau kemas kini pelayar web saya (mudah alih atau desktop)?
Buka menu ‘Settings’ atau ‘Help’ pada pelayar anda dan pilih ‘About [Nama Pelayar]’ untuk melihat versi semasa. Jika kemas kini tersedia, ikut arahan untuk memasangnya atau layari laman rasmi pelayar untuk memuat turun versi terkini. - Saya tidak dapat mengemas kini OS peranti saya. Apa yang perlu saya lakukan?
Semak sama ada peranti anda serasi dengan versi OS yang diperlukan. - Apa yang berlaku jika saya tidak mengemas kini OS atau pelayar web saya tepat pada masanya?
Jika peranti mudah alih atau pelayar web anda tidak dikemas kini, anda mungkin kehilangan akses kepada platform atau dikenakan had transaksi yang lebih rendah apabila menggunakan aplikasi MAE dan laman web Maybank2u. - Mengapa hanya versi OS atau pelayar tertentu boleh digunakan?
Versi terkini OS dan pelayar mempunyai ciri keselamatan serta penambahbaikan terkini bagi memastikan perbankan anda kekal selamat. Versi lama tidak lagi menerima kemas kini keselamatan, menjadikannya lebih mudah diserang oleh perisian hasad atau akses tanpa kebenaran. - Peranti saya terlalu lama dan tidak menyokong kemas kini OS. Apa yang perlu saya lakukan?
Kami menggalakkan anda untuk menggunakan peranti mudah alih yang menyokong OS terkini. Jika anda menukar ke peranti baharu, ingat bahawa anda perlu mengaktifkan semula Secure2u, sama ada di ATM Maybank (untuk pengguna aplikasi MAE) atau terus melalui aplikasi (untuk pengguna M2U Biz dan M2E). Akan ada tempoh bertenang minimum selama 12 jam sebelum Secure2u boleh digunakan pada peranti baharu anda.
Untuk pengguna aplikasi MAE, sila rujuk panduan langkah demi langkah di sini.
Untuk pengguna M2U Biz dan M2E, aplikasi akan memberi panduan untuk anda sepanjang proses pengaktifan.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pasukan Khidmat Pelanggan kami di 1-300-88-6688 atau e-mel ke mgcc@maybank.com.
Terima kasih.