Back
Apply Now

Unit Amanah

Unit Amanah

Labur sekarang untuk mencapai matlamat kewangan jangka pendek dan panjang anda.

Apa itu Unit Amanah?


Unit Amanah ialah salah satu pelaburan terurus yang paling popular dan mudah diakses serta mampu dimiliki terutamanya untuk pelabur yang baru bermula. Ia mengumpulkan wang anda bersama pelabur lain untuk melabur dalam pelbagai jenis aset supaya anda boleh cuba pelbagai portfolio walaupun dengan jumlah pelaburan yang kecil.

Lain daripada penasihat robo, Unit Amanah anda diuruskan oleh pengurus dana profesional yang sememangnya pakar dalam bidang mereka dan akan membantu anda melabur mengikut tahap risiko anda.

Dengan Unit Amanah, pelaburan jangka sederhana hingga panjang (iaitu 3 hingga 20 tahun) boleh memberi anda pulangan yang lebih baik daripada simpanan tunai dan deposit tetap dalam jangka masa panjang.

3 cara untuk melabur dalam Unit Amanah bagi mendapatkan lebih banyak keuntungan kewangan


Pulangan Kompaun melalui Faedah Kompaun

Beli Rendah, Jual Tinggi

Purata Kos Dolar (PKD) melalui Pelan Simpanan Biasa (PSB)

Melabur lebih awal adalah kunci untuk memaksimumkan faedah kompaun kerana pelabur memerlukan masa dan kesabaran.

Anda akan dapat melihat perbezaan besar dalam keuntungan anda apabila faedah terkumpul dari semasa ke semasa. Sebagai contoh, perbezaan keuntungan sehingga RM83,556 dapat dilihat apabila anda melabur RM100 setiap bulan dari umur 25 tahun berbanding 35 tahun.

Apabila anda melabur dalam Unit Amanah, pengurus dana anda membeli unit dana bersama pelabur lain. Apabila nilai dana meningkat atau menurun, nilai setiap unit akan turut meningkat atau menurun mengikut nilai dana.

Seperti kebanyakan strategi pelaburan ‘beli rendah, jual tinggi’, anda boleh menjana wang dengan menjual unit anda pada harga yang lebih tinggi daripada harga belian asal.

RSP membolehkan anda mengautomasikan pelaburan dengan membenarkan anda melabur pada jumlah kecil mengikut keselesaan dalam membina pelaburan yang sihat.

Anda boleh mencapai DCA melalui RSP dengan membeli unit yang banyak apabila harga rendah, dan unit yang lebih sedikit apabila harga tinggi. Dari semasa ke semasa, kos purata pelaburan anda berpotensi menjadi lebih rendah jika dibandingkan dengan pelaburan sekali gus.

Kenapa melabur di Unit Amanah?


  • Mudah untuk memulakan pelaburan, serendah RM100 sebulan
  • Diurus secara profesional oleh pengurus dana untuk membantu matlamat kewangan anda tercapai
  • Fleksibiliti untuk mengeluarkan wang selari dengan keperluan gaya hidup yang kian berkembang
  • Pelaburan tanpa risau supaya anda boleh fokus pada kerjaya dan keluarga anda
  • Kepelbagaian aset membolehkan pengurusan risiko yang lebih baik
  • Akses kepada aset berharga tinggi/pasaran asing yang memerlukan modal tinggi

Fakta Menarik: Salah satu Unit Amanah paling popular di Malaysia ialah Amanah Saham Bumiputera (ASB), diedarkan oleh Amanah Saham National Berhad (ASNB).

Cari Dana yang sesuai untuk anda


Dokumen Dana

Cara untuk mula


Pelabur Unit Amanah kali pertama

Langkah 1: Log masuk ke laman web Maybank2u dan klik ‘Apply’ di bucu atas kanan

Langkah 2: Pergi ke tab ‘Investment’

Langkah 3: Cari ‘Unit Trust Account’ dan klik ‘Apply Now’

Daftar akaun Unit Amanah sekarang melalui laman web Maybank2u untuk mula melabur*.

* pengaktifan akaun Unit Amanah anda di Maybank2u akan mengambil masa 1 hari sebelum anda boleh membuat pelaburan Unit Amanah pertama anda.

Untuk maklumat lanjut mengenai pelaburan, langkah untuk membeli, dan Soalan Lazim lain, klik sini.

 

Membuat pelaburan Unit Amanah

Langkah 1: Log masuk ke laman web Maybank2u dan klik tab ‘Wealth’

Langkah 2: Leret ke bawah dan pergi ke bahagian ‘Unit Trust’

Langkah 3: Pilih ‘Unit Trust Account’ anda dan klik ‘Subscribe Fund’


Labur sekarang untuk peluang memenangi percutian ke Maldives!

Mohon akaun Unit Amanah dan mula melabur hari ini untuk peluang memenangi percutian tajaan penuh selama 6-hari ke Maldives untuk 2 orang! Ketahui lebih lanjut mengenai kempen Tap, Track, Win di sini

Klik di sini untuk Terma & Syarat penuh.

Info Lanjut


Untuk maklumat lanjut mengenai pelaburan dan Soalan Lazim lain, klik di sini.

Mahu bertanya dengan seseorang sebelum anda melabur? Buat temujanji dengan kami di sini.

Terma dan Syarat


Klik di sini untuk Terma dan Syarat.

Penafian


Penafian: Para pelabur dinasihatkan untuk membaca dan memahami kandungan dana unit amanah yang berkaitan prospektus sebelum melabur. Antaranya, para pelabur harus mempertimbangkan yuran dan caj yang terlibat. Harga unit dan pengagihan pendapatan, jika ada, mungkin naik atau turun. Prestasi dana yang lalu bukan petunjuk prestasi masa depan dan pengagihan pendapatan adalah tidak dijamin. Dana Unit Amanah tidak dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM).