Back

Penutupan laman web Klasik Maybank2u

Laman Web Maybank2u Klasik Akan Ditamatkan Untuk Pengguna Individu Pada 9 Jun 2025

EN BM

Kemas Kini Penting


Mulai 9 Jun 2025, pengguna individu tidak lagi boleh menggunakan laman web Maybank2u Klasik. Semua perkhidmatan perbankan atas talian perlu diakses melalui laman web Maybank2u semasa.

Perkhidmatan yang terdapat di laman web Klasik Maybank2u berikut akan dihentikan mengikut tarikh yang disenaraikan:

  • Perkhidmatan Pemindahan Dana ke Akaun Pihak Ketiga – 12 Mei 2025
  • Perkhidmatan Pemindahan Dana Antara Bank – 19 Mei 2025

Kami sarankan untuk anda berpindah ke laman web Maybank2u semasa (maybank2u.com.my) untuk semua pengurusan perbankan atas talian anda.

Laman web Maybank2u semasa ini telah dinaik-taraf dengan lebih banyak ciri, dengan reka bentuk yang mesra pengguna dan keselamatan yang dipertingkatkan untuk pengalaman perbankan yang lebih selamat dan lancar. Anda masih boleh log masuk menggunakan nama pengguna dan kata laluan yang sedia ada. Sebarang pembayaran dan pemindahan dana berjadual atau berulang akan diteruskan seperti biasa dan kekal selamat.

Perubahan ini tidak menjejaskan pengguna Maybank2u Biz, dan pengguna Maybank2u Biz masih boleh melakukan perkhidmatan perbankan atas talian dengan laman web Maybank2u Klasik.

Bagaimanakah perubahan ini mempengaruhi anda?


Jika anda masih menggunakan laman web Maybank2u Klasik, sila berpindah ke laman web Maybank2u semasa sekarang untuk semua pengurusan perbankan atas talian anda. Anda masih boleh log masuk menggunakan nama pengguna dan kata laluan yang sedia ada.

Nota: Perubahan ini tidak menjejaskan pengguna Maybank2u Biz, dan pengguna Maybank2u Biz masih boleh melakukan perkhidmatan perbankan atas talian dengan laman web Maybank2u Klasik.

Soalan Lazim (FAQ)


  1. Bagaimanakah saya boleh mengakses laman web Maybank2u semasa?
    Anda boleh mengakses laman web Maybank2u semasa di www.maybank2u.com.my Buka laman web dan log masuk dengan nama pengguna dan kata laluan yang sedia ada.

  2. Adakah saya masih boleh log masuk dan membuat transaksi melalui laman web Klasik Maybank2u?
    Mulai 9 Jun 2025, pelanggan individual tidak lagi boleh mengakses laman web Klasik Maybank2u. Sila berpindah ke laman web Maybank2u semasa di www.maybank2u.com.my untuk semua pengurusan perbankan atas talian anda.

  3. Adakah saya perlu membuat nama pengguna dan kata laluan baharu untuk log masuk ke laman web Maybank2u semasa?
    Tidak, anda masih boleh log masuk menggunakan nama pengguna dan kata laluan yang sedia ada.

  4. Adakah butiran perbankan atas talian saya masih sama di laman web Maybank2u semasa?
    Ya, butiran perbankan dalam talian dan akaun anda akan kekal sama. Pengebil/penerima pembayaran/pindahan kegemaran anda yang disimpan juga akan ada secara automatik.

  5. Apakah URL untuk laman web Maybank2u semasa?
    Ia adalah www.maybank2u.com.my

  6. Adakah saya perlu menetapkan pemindahan dan pembayaran bil kegemaran saya sekali lagi?
    Tidak, semua transaksi pemindahan yang disimpan dan pembayaran bil kegemaran anda akan ada secara automatik di laman web Maybank2u semasa.

  7. Adakah saya perlu menetapkan pembayaran dan pemindahan berulang saya sekali lagi?
    Tidak, butiran pembayaran berulang anda yang disimpan dan pindahan yang telah anda simpan akan ada secara automatik di laman web Maybank2u semasa.

  8. Adakah saya perlu mengemas kini browser Internet saya untuk menggunakan laman web Maybank2u semasa?
    Untuk pengalaman yang terbaik, kami mengesyorkan anda menggunakan browser internet anda dengan versi terkini.

Untuk Soalan Lazim yang lebih komprehensif, klik di sini.