Back

DuitNow Online Banking/Wallets (DOBW)

Buat pembayaran di platform e-dagang dan m-dagang dengan Maybank2u melalui DOBW

EN BM

Apa itu DuitNow Online Banking/Wallets atau DOBW?


DOBW ialah perkhidmatan pembayaran terkini oleh Payments Network Malaysia Sdn. Bhd. (PayNet) yang menggantikan FPX. Ia membolehkan anda membuat transaksi dengan selamat dengan peniaga terpilih melalui pengalihan mudah ke platform perbankan dalam talian atau aplikasi eDompet, termasuk Maybank2u.

Apakah perbezaan antara DOBW dan FPX?


Anda mungkin akan melihat salah satu daripada dua halaman berikut apabila anda membuat pembayaran dengan Maybank2u melalui perbankan dalam talian:

Halaman yang menggunakan FPX sedia ada

Halaman yang menggunakan DOBW baharu

Selain perubahan pada halaman log masuk, proses pembayaran yang lain kekal sama.

Sila ambil maklum bahawa laman web M2U yang sebenar akan memaparkan imej dan frasa keselamatan anda sebelum meminta kata laluan. Sentiasa berwaspada dan kenali tanda-tanda laman web perbankan palsu.

Cara membuat pembayaran melalui DOBW


  1. Pilih ‘DuitNow Online Banking/Wallets (DOBW)’sebagai kaedah pembayaran
  2. Pilih ‘Maybank2u’ sebagai bank pilihan
  3. Anda akan dialihkan dari halaman peniaga ke halaman log masuk Maybank2u
  4. Log masuk ke akaun Maybank2u anda
  5. Semak butiran tansaksi dan pilih ‘Confirm
  6. Luluskan transaksi melalui Secure2u pada aplikasi MAE
  7. Transaksi anda berjaya dan anda akan dialihkan semula ke halaman peniaga

Langkah-langkah untuk membuat pembayaran menggunakan DOBW adalah sama seperti yang digunakan untuk Bursa Pemprosesan Kewangan (FPX). Untuk maklumat lanjut tentang servis FPX, klik di sini

Soalan Lazim (FAQ)


  1. Adakah saya perlu mendaftar untuk menggunakan DOBW?
    Anda tidak perlu mendaftar. Jika anda adalah pengguna Maybank2u, anda boleh terus menggunakan DOBW untuk membuat pembayaran secara dalam talian.

  2. Saya berdaftar sebagai pemilik tunggal di Maybank2u. Adakah saya layak menggunakan perkhidmatan ini?
    Ya, perkhidmatan DOBW tersedia untuk pemilik tunggal dan pelanggan individu.

  3. Apakah waktu operasi DOBW?
    Perkhidmatan DOBW tersedia 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Walau bagaimanapun, ia bergantung pada ketersediaan perkhidmatan perbankan dalam talian anda.

  4. Bagaimana saya boleh mengenal pasti jika peniaga menerima pembayaran melalui DOBW?
    'DuitNow Online Banking/Wallets' akan disenaraikan sebagai pilihan pembayaran di laman web peniaga. Laman web tersebut juga mungkin memaparkan pautan yang membawa anda ke DOBW untuk membuat pembayaran.

  5. Apa yang berlaku pada transaksi e-dagang/m-dagang saya dengan DOBW?
    Tiada perubahan pada transaksi anda kerana anda akan terus dibawa ke halaman pembayaran seperti biasa.

  6. Berapakah had transaksi DOBW setiap hari?
    Had yang telah ditetapkan untuk transaksi DOBW ialah RM3,000 sehari dan dikongsi dengan had pemindahan FPX anda. Anda boleh menaikkan had ini sehingga RM30,000 bagi setiap transaksi dengan had maksimum harian RM50,000*. Untuk mengubah had pembayaran, ikut langkah di sini.

    Harap maklum, selepas anda menaikkan had, tempoh bertenang selama 12 jam akan dikenakan sebelum had baharu berkuat kuasa. Sepanjang tempoh ini, anda hanya boleh membuat pembayaran mengikut had semasa. Anda akan dimaklumkan melalui push notification atau SMS apabila tempoh bertenang bermula dan berakhir.
    *Had transaksi di atas tertakluk pada had individu Maybank2u anda atau had bank, mana-mana yang lebih rendah.

  7. Apa yang berlaku jika dana dalam akaun saya tidak mencukupi?
    DOBW hanya akan diproses jika dana dalam akaun anda mencukupi.

  8. Adakah setiap transaksi DOBW saya mempunyai nombor rujukan?
    Sila rujuk ID Transaksi DuitNow dalam resit anda setelah transaksi berjaya.

Locate a branch

Find a Maybank branch nearby you