Back


Aktifkan semula MAE DuitNow QR anda untuk nikmati ganjaran lumayan!


Hai boss, lama tak jumpa! Kami kembali dengan ganjaran menarik untuk membantu perniagaan anda terus maju! Kekal aktif dengan menerima sekurang-kurangnya satu bayaran QR (min. RM5) melalui MAE DuitNow QR anda, dan anda berpeluang memenangi tunai RM100,000! Lagi banyak transaksi QR yang diterima, lagi tinggi peluang untuk menang. Jadi, paparkan kod MAE DuitNow QR anda dengan bangga di kaunter pembayaran dan mula terima bayaran hari ini!

Dan bukan itu sahaja!

Jadilah antara 1,000 peniaga pertama yang kembali aktif setiap bulan dan dapatkan hadiah Soundbox! Caranya? Terima 5 bayaran QR (min. RM5 setiap satu) melalui kod MAE DuitNow QR anda. Mudah sahaja kan?

Tempoh kempen: 1 November – 31 Disember 2025

01/01/2026


*Kempen ini eksklusif untuk peniaga terpilih sahaja. Peniaga yang terpilih akan dimaklumkan secara terus oleh Maybank dan/atau wakil Maybank.

**Unit Soundbox adalah terhad.

***Tertakluk pada terma dan syarat.

Klik sini untuk Bahasa Inggeris

RM100,000 Tunai Menanti!


Kembangkan perniagaan anda dan menangi RM100,000 tunai dengan MAE DuitNow QR!

  • Setiap bayaran DuitNow QR yang anda terima (minimum RM5) memberikan anda satu (1) penyertaan.
  • Lebih banyak transaksi MAE DuitNow QR yang diterima, lebih tinggi peluang anda untuk menang!

Sebanyak 4 peniaga bertuah akan dipilih sepanjang tempoh kempen.

Hadiah Maybank QRPay Soundbox


Jadilah antara 1,000 peniaga pertama yang kembali aktif setiap bulan dengan 5 transaksi (minimum RM5 setiap satu) dan dapatkan hadiah Soundbox!

*Sebanyak 2,000 Soundbox akan diberikan sepanjang tempoh kempen. Siapa cepat, dia dapat.

Cara Untuk Cetak QR DuitNow Anda


Kelebihan Maybank QRPay Soundbox


Naik taraf perniagaan anda dengan Soundbox! Nikmati kelebihan berikut:

  • Skrin yang memaparkan jumlah bayaran yang diterima
  • Elakkan penipuan resit palsu melalui pengesahan suara serta-merta bagi transaksi yang berjaya
  • Sedia ada dalam pelbagai bahasa: Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina

Maklumat lanjut di sini

Bagaimana Maybank QRPay Soundbox Dihantar Kepada Anda?


  1. 1.Anda akan dihubungi oleh vendor sah kami, Naga Plus Resources, melalui panggilan atau mesej WhatsApp, untuk mengesahkan maklumat anda. Anda akan menerima panggilan atau mesej daripada nombor berikut sahaja:
    012-3226388, 012-2636388, 017-8692638, 017-6288965

  2. Pastikan ID Peniaga (MID) dan alamat penghantaran anda sedia ada untuk pengaktifan Soundbox.
  3. Satu notifikasi pengaktifan Soundbox akan dihantar ke aplikasi Maybank QRPayBiz anda, dimana anda perlu luluskan.
  4. Soundbox anda akan dihantar dalam tempoh 14 hari selepas pengaktifan berjaya.

Terma dan Syarat


  • Kempen ini terbuka kepada individu terpilih yang telah berdaftar sebagai peniaga Maybank QRPayBiz menggunakan nombor kad pengenalan (IC) atau nombor pendaftaran perniagaan (BRN) seperti yang direkodkan dalam pangkalan data Maybank.
  • Peniaga yang Layak ditakrifkan sebagai individu yang telah berjaya berdaftar dan diaktifkan sebagai peniaga Maybank QRPayBiz antara 1 Januari 2023 hingga 31 Ogos 2025, tetapi:
    • Dikategorikan sebagai peniaga tidak aktif; dan
    • Mempunyai Akaun Semasa dan/atau Simpanan Maybank (CASA) yang masih aktif dan dipautkan kepada aplikasi Maybank QRPayBiz mereka.
  • Sepanjang Tempoh Kempen, Peniaga yang Layak berpeluang untuk mendapat penyertaan bagi memenangi Hadiah Tunai RM100,000 dan/atau Hadiah Soundbox, tertakluk pada terma dan syarat yang ditetapkan.
  • Sebanyak empat (4) Peniaga yang Layak akan dipilih untuk memenangi Hadiah Tunai, dimana setiap pemenang menerima RM100,000.
  • Peluang untuk menang Hadiah Tunai meningkat mengikut bilangan Transaksi yang Layak yang diterima oleh peniaga.
  • Sebanyak 2,000 unit Soundbox akan diagihkan sepanjang Tempoh Kempen kepada Peniaga yang Layak yang memenuhi kriteria kempen iaitu 1,000 unit pada November dan 1,000 unit pada Disember 2025.
  • Setiap Peniaga yang Layak hanya layak menerima maksimum satu (1) Hadiah Tunai dan/atau satu (1) Hadiah Soundbox sahaja, tanpa mengira jumlah cawangan atau bilangan penyertaan dalam kempen ini.

Klik untuk Terma dan Syarat yang penuh, ENBM