Back

Tekan di sini untuk English.

Frequently Asked Questions

Bagaimanakah cara untuk menetapkan semula kata laluan Maybank2u saya?

Jika anda masih ingat kata laluan Maybank2u anda tetapi ingin menukarnya, hanya log masuk ke aplikasi MAE dan kemas kini di bawah Settings > Security > Change Password.

Jika anda terlupa kata laluan Maybank2u anda, anda boleh menetapkannya semula melalui aplikasi MAE dengan mengikuti langkah‑langkah di bawah.
Ini hanya tertakluk kepada pengguna Individu / Pemilik Tunggal. Tiada perubahan untuk pengguna M2UBiz dan M2E.

 

Untuk menetapkan semula kata laluan Maybank2u anda:

  1. Tekan ‘Forgot Password’ atau ‘Forgot Login Details’ apabila anda dibawa ke skrin log masuk.
  2. Pilih ‘Verify Using Secure2u’.
  3. Pilih cara untuk sahkan akaun anda. Sila pastikan ini adalah cara yang sama anda gunakan ketika mendaftar akaun Maybank2u anda buat kali pertama (kad debit, kad kredit, nombor MAE Wallet atau nombor akses).
  4. Masukkan PIN aplikasi MAE anda (6-digit PIN yang digunakan untuk membuka aplikasi MAE).
  5. Sahkan identiti anda dengan mengimbas Kad Pengenalan/Pasport dan mengambil gambar swafoto menggunakan kamera telefon pintar anda.
  6. Nama pengguna (Username) anda akan dipaparkan, sila semak dan pastikan ianya betul sebelum ke langkah seterusnya.
  7. Sila masukkan kata laluan baharu anda dan sahkan melalui Secure2u.
  8. Kata laluan anda telah ditetapkan semula! Sebagai langkah keselamatan, anda hanya boleh menetapkan semula kata laluan anda sekali setiap 24 jam.



Jika anda terlupa PIN aplikasi MAE, belum mendaftar Secure2u, kehilangan peranti yang dipautkan dengan Secure2u, atau tidak dapat meneruskan mana‑mana langkah dalam Senario 1, ikuti langkah‑langkah di bawah untuk tetapkan PIN M2U sementara bagi menetapkan semula kata laluan Maybank2u anda.

Langkah 2A – Tetapkan PIN M2U sementara

  1. Pergi ke ATM Maybank terdekat anda.
  2. Masukkan kad anda dan masukkan PIN ATM 6-digit anda.
  3. Pilih ‘Maybank2u/Phone Banking/ATM SMS Alerts’.
  4. Pilih ‘Tetapkan PIN M2U sementara’.
  5. Tetapkan PIN M2U 6-digit sementara anda.
  6. Sila lancarkan aplikasi MAE dalam tempoh 48 jam dan ikuti ‘Langkah 2B’ untuk menetap semula kata laluan Maybank2u dengan menggunakan PIN M2U sementara.

Nota: Jika anda tidak mempunyai kad, anda boleh mendapatkan nombor akses dan menetapkan PIN sementara dengan mengunjungi cawangan Maybank terdekat serta mendapatkan bantuan daripada kakitangan cawangan kami.



 

Langkah 2B – Tetapkan semula kata laluan Maybank2u di aplikasi MAE menggunakan PIN M2U sementara

  1. Tekan ‘Forgot Password’ or ‘Forgot Login Details’ apabila anda dibawa ke skrin log masuk.
  2. Pilih ‘Verify using temporary M2U PIN’.
  3. Pilih cara untuk sahkan akaun anda. Sila pastikan ini adalah cara yang sama anda gunakan ketika mendaftar akaun Maybank2u anda buat kali pertama (kad debit, kad kredit, nombor MAE Wallet atau nombor akses).
  4. Masukkan PIN M2U sementara.
  5. Nama pengguna (Username) anda akan dipaparkan, sila semak dan pastikan ianya betul sebelum ke langkah seterusnya.
  6. Masukkan kata laluan baharu anda dan kala laluan anda telah ditetapkan semula! Sebagai langkah keselamatan, anda hanya boleh menetapkan semula kata laluan anda sekali setiap 24 jam.



 

Sila ambil perhatian bahawa akaun Maybank2u anda akan disekat selama 24 jam selepas 3 percubaan pengesahan yang gagal.