Back

Kemas Kini Aplikasi MAE Anda Sebelum 11 April 2026 untuk Terus Mengakses Aplikasi Anda

EN BM

Pelanggan yang Dihargai,

Sila ambil maklum bahawa anda perlu mengemaskini aplikasi MAE anda ke versi terbaharu (0.9.45) sebelum 11 April 2026 untuk terus menggunakannnya. Usaha ini adalah untuk melindungi pengalaman perbankan dalam talian anda serta memastikan akses berterusan tanpa gangguan. Jika anda sudah menggunakan versi terkini aplikasi MAE, tiada tindakan lanjut diperlukan.

Ini apa yang anda perlu tahu tentang kemaskini ini:

Bagaimana cara untuk mengemaskini aplikasi MAE saya?

  1. Buka Apple App Store / Google Play Store / Huawei AppGallery
  2. Masukkan ‘MAE by Maybank2u’ ke dalam carian dan kemaskini aplikasi anda

Apa yang akan berlaku jika saya tidak mengemaskini aplikasi MAE saya?

Selepas 11 April 2026, anda tidak boleh mengakses aplikasi MAE anda.

Untuk terus menggunakan aplikasi MAE, anda perlu mengemaskini aplikasi MAE melalui Apple App Store / Google Play Store / Huawei AppGallery.

Bagaimana cara untuk menyemak versi aplikasi MAE saya?

Kaedah 1

  1. Buka Apple App Store / Google Play Store / Huawei AppGallery
  2. Masukkan ‘MAE by Maybank2u’ ke dalam carian dan pastikan anda mempunyai versi 0.9.45

Kaedah 2

  1. Buka aplikasi MAE anda, tekan ikon gear di bahagian atas sebelah kiri untuk pergi ke ‘Settings’
  2. Tatal ke bawah ke bahagian ‘About’ dan semak versi aplikasi MAE anda

 

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pasukan Khidmat Pelanggan kami di 1-300-88-6688 atau emel kepada kami di mgcc@maybank.com.

Terima kasih

freemarker.template.TemplateException: Error reading included file iwov-resources/ftl/common/Floating_Footer_Navigation.ftl