Introduction of Daily Transaction Limit and 12-Hour Cooling-Off Period for Limit Increase on Reload Services
Dear Valued Customers,
Please be informed that starting 26 May 2025, we will be introducing a daily transaction limit to reload services. This is in line with our continued efforts to enhance the security of your transactions and ensure a safer online banking experience.
The default daily transaction limit will now be RM200 for Prepaid Services and Game Credits, and you can increase this to a maximum of RM500 via Maybank2u web.
Any increase to your transaction limit will require authentication via Secure2u. Once you’ve increased your limit, a 12-hour cooling-off period will apply before your new limit takes effect on both the MAE app and Maybank2u web. During this period, you can only make reload transactions up to your current limit. Rest assured we will notify you via push notification and email on the MAE app when the cooling-off period starts and ends.
The daily transaction limit are as follows:
Reload Limit Type |
Default Daily Limit |
Minimum Daily Limit |
Maximum Daily Limit |
---|---|---|---|
Prepaid Services (Mobile Prepaid Malaysia/International, Internet and Others) |
RM200 |
RM0 |
RM500 |
Game Credit with PIN |
RM200 |
RM0 |
RM500 |
Here’s how to increase your daily transaction limit for reload services via Maybank2u web:
Step 1: Log in and go to ‘Settings’
Step 2: Under ‘Pay & Transfer’, go to ‘Reload Limit’
Step 3: Click the dropdown to select your new intended limit
Step 4: Approve your transaction via Secure2u and you’re done!
We highly recommend that you review your daily transaction limit for transfer, pay and reload services and only increase your limit based on your needs.
We also encourage you to constantly monitor your transactions for any unusual activity. If you suspect someone has unauthorised access to your Maybank2u account, quickly activate the Kill Switch via the MAE app or Maybank2u web to temporarily block access to your account(s) and protect your money.
For more information about transaction limit cooling-off period, click here.
Thank you.
Pengenalan Had Transaksi Harian dan Tempoh Bertenang 12 Jam untuk Peningkatan Had Perkhidmatan Tambah Nilai
Pelanggan Yang Dihormati,
Sila ambil maklum bahawa mulai 19 Mei 2025, kami akan memperkenalkan had transaksi harian bagi perkhidmatan tambah nilai. Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk meningkatkan keselamatan transaksi anda dan memastikan pengalaman perbankan dalam talian yang lebih selamat.
Had transaksi harian sedia ada kini ditetapkan pada RM200 untuk Perkhidmatan Prabayar dan Kredit Permainan, dan anda boleh meningkatkannya sehingga maksimum RM500 melalui laman web Maybank2u.
Sebarang peningkatan had transaksi perlu disahkan melalui Secure2u. Setelah anda meningkatkan had anda, tempoh bertenang selama 12 jam akan dikenakan sebelum had baharu anda berkuat kuasa di aplikasi MAE dan laman web Maybank2u. Sepanjang tempoh ini, anda hanya boleh membuat transaksi tambah nilai sehingga had semasa anda. Jangan risau, anda akan menerima pemberitahuan melalui notifikasi dan emel di aplikasi MAE apabila tempoh bertenang bermula dan tamat.
Had transaksi harian adalah seperti berikut:
Jenis Had Tambah Nilai |
Had Harian Sedia Ada |
Had Harian Minimum |
Had Harian Maksimum |
---|---|---|---|
Perkhidmatan Prabayar (Prabayar Mudah Alih Malaysia/Antarabangsa, Internet dan Lain-lain) |
RM200 |
RM0 |
RM500 |
Kredit Permainan dengan PIN |
RM200 |
RM0 |
RM500 |
Cara untuk meningkatkan had transaksi harian perkhidmatan tambah nilai melalui laman web Maybank2u:
Langkah 1: Log masuk dan pergi ke ‘Settings’
Langkah 2: Di bawah ‘Pay & Transfer’, pilih ‘Reload Limit’
Langkah 3: Klik menu dan pilih had baharu anda
Langkah 4: Sahkan transaksi melalui Secure2u dan selesai!
Kami amat menggalakkan anda untuk menyemak semula had transaksi harian bagi pemindahan, pembayaran dan tambah nilai, dan hanya meningkatkan had berdasarkan keperluan anda.
Kami juga menggalakkan anda untuk sentiasa memantau transaksi anda bagi sebarang aktiviti mencurigakan. Jika anda mengesyaki terdapat akses tanpa kebenaran ke akaun Maybank2u anda, aktifkan fungsi Kill Switch dengan segera melalui aplikasi MAE atau laman web Maybank2u untuk menyekat sementara akses ke akaun anda dan melindungi wang anda.
Untuk maklumat lanjut mengenai tempoh bertenang had transaksi, klik di sini.