Update Your iOS Operating System to Continue Using the MAE App
Dear Valued Customers,
Kindly be informed that all devices on the iOS operating system (OS) will need to be updated to iOS 14 and above to continue using the MAE app. This is a part of our continuous efforts to keep your online banking experience secure. Please update your devices’ operating system before 31 March 2025 to be able to continue accessing the MAE app.
Contact our Customer Care team at 1-300-88-6688 or email us at mgcc@maybank.com for any enquiries.
Thank you.
Frequently Asked Questions
- How do I check or update my mobile device’s operating system (OS)?
You will need to go to ‘Settings’ on your mobile device and select ‘About Device’. There should be an option for you to upgrade your OS version. - I’m unable to update my mobile device’s OS. What do I do?
You may need to check if your mobile device is compatible with the required OS version. - If my mobile device’s OS is not updated before 31 March 2025, can I still use the current MAE app?
Yes, you can continue using the MAE app before 31 March 2025.
However, you will need to update your device OS to iOS 14 or above to continue receiving MAE app updates. - What happens if I do not update my OS after 31 March 2025?
You will no longer be able to use the MAE app on your mobile device. Please update your device to iOS 14 or above to avoid any interruptions. - My mobile device is old and is not eligible to update the OS. What do I do?
You are advised to download the MAE app on a compatible mobile device with the required operating system to continue using the MAE app.
Please note installing the MAE app on a new device will require you to activate Secure2u again at the Maybank ATM with a minimum of 12 hours cooling period. To read more about activating your MAE app on a new device, please read here. - Why is the MAE app only usable on iOS 14 and above?
Operating systems for your devices are continuously updated to improve the performance, stability and most importantly, the security of the device; including the apps within the devices. Your online banking security is our utmost priority so we strongly encourage you to update your OS regularly. - I am an Android user. Am I affected by this update?
No, this update is strictly for devices with iOS operating systems only. - Am I still able to use Maybank2u web?
Yes, you will still be able to login to Maybank2u web via your device browser. However, you will not be able to perform any transactions, as you would need access to the MAE App to approve the any transactions via Secure2u. - I am not sure whether my mobile device supports iOS 14. How do I check?
Kindly refer to the Apple official website to see the list of operating systems supported.
Kemas Kini Sistem Pengendalian (OS) iOS Peranti Anda untuk Terus Menggunakan Aplikasi MAE
Pelanggan yang dihormati,
Sila ambil maklum bahawa semua peranti yang menggunakan sistem pengendalian (OS) iOS perlu dikemas-kini ke iOS 14 ke atas untuk terus menggunakan aplikasi MAE. Ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk memastikan keselamatan perbankan dalam talian anda. Sila kemas-kini sistem pengendalian peranti anda sebelum 31 Mac 2025 untuk terus menggunakan aplikasi MAE.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi talian Khidmat Pelanggan kami di 1-300-88-6688 atau e-mel kami di mgcc@maybank.com.
Terima kasih.
Soalan lazim
- Bagaimanakah saya boleh semak atau kemas-kini sistem pengendalian (OS) peranti saya?
Anda perlu ke ‘Settings’ dalam peranti anda dan pilih ‘About Device’ untuk membuat pilihan menaik-taraf sistem pengendalian OS peranti anda. - Saya tidak dapat mengemas-kini OS peranti saya. Apakah yang perlu saya lakukan?
Anda perlu pastikan peranti anda serasi dengan OS yang diperlukan. - Jika peranti saya tidak dikemas-kini sebelum 31 Mac 2025, adakah saya masih boleh menggunakan aplikasi MAE sedia ada?
Ya, anda masih boleh menggunakan aplikasi MAE sebelum 31 Mac 2025.
Walau bagaimanapun, anda perlu mengemas-kini sistem pengendalian peranti anda ke iOS 14 ke atas untuk menerima notifikasi daripada aplikasi MAE anda. - Apakah yang akan terjadi jika saya tidak mengemas-kini OS saya selepas 31 Mac 2025?
Anda tidak lagi boleh menggunakan aplikasi MAE di peranti anda. Sila kemas-kini peranti OS anda ke iOS 14 ke atas untuk mengelak daripada sebarang masalah. - Saya mempunyai peranti lama dan ia tidak layak untuk mengemas kini OS. Apakah yang perlu saya lakukan?
Anda dinasihatkan untuk memuat-turun aplikasi MAE kepada peranti yang serasi dengan sistem pengendalian yang diperlukan untuk terus menggunakan aplikasi MAE.
Sila ambil perhatian yang sekiranya anda memuat-turun aplikasi MAE dalam peranti yang baru, anda perlu mengaktifkan semula Secure2u melalui ATM Maybank dengan tempoh pengaktifan “cooling period” selama sekurang-kurangnya 12 jam. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengaktifan aplikasi MAE ke atas peranti baru, sila klik di sini. - Mengapakah aplikasi MAE hanya boleh digunakan dengan sistem pengendalian iOS 14 ke atas sahaja?
Pengemaskinian OS akan meningkatkan prestasi, kestabilan dan yang paling penting, keselamatan peranti anda , termasuk aplikasi-aplikasi di dalamnya. Keselamatan perbankan dalam talian anda adalah keutamaan kami, jadi, kami amat galakkan anda untuk mengemas-kini OS peranti anda dengan kerap. - Saya merupakan pengguna Android. Adakah saya akan terkesan dengan kemas kini ini?
Tidak, kemas-kini ini hanya berkaitan dengan peranti yang menggunakan sistem pengendalian iOS sahaja. - Adakah saya masih boleh menggunakan laman web Maybank2u?
Ya, anda masih boleh log masuk ke web Maybank2u melalui browser anda. Walau bagaimanapun, anda tidak akan dapat melakukan sebarang transaksi, kerana anda memerlukan akses ke aplikasi MAE untuk pengesahan transaksi melalui Secure2u. - Saya tidak pasti sama ada peranti saya boleh menggunakan iOS 14. Bagaimanakah saya boleh menyemak?
Sila rujuk laman web rasmi Apple untuk melihat senarai sistem pengendalian yang disokong.