Back

Peralihan kepada Penyata Akaun Bulanan Elektronik bagi Akaun Semasa Peribadi dan Perniagaan

Pelanggan yang dihargai,

Untuk pengetahuan semua, bermula 1 Oktober 2024, Maybank/Maybank Islamic tidak lagi menghantar penyata akaun fizikal buat akaun semasa peribadi dan akaun semasa perniagaan dan akan beralih kepada penyata elektronik (e-Penyata). Peralihan ini adalah selaras dengan aspirasi kelestarian Bank melalui pengurangan percetakan dan penggunaan kertas.

Anda boleh mengakses e-Penyata bulanan dengan mudah melalui perbankan dalam talian Maybank ataupun melalui e-mel yang telah didaftarkan. Untuk mendapatkan akses kepada e-Penyata anda:

Jenis Akaun

Online Platform

Peribadi

Maybank2u

Perniagaan

• Syarikat milikan tunggal

• Syarikat bukan milikan tunggal

 

• Maybank2u

• Maybank2u Biz atau Maybank2E


Sila ambil maklum yang pelanggan akan menerima e-Penyata secara automatik melalui e-mel yang telah didaftarkan. Sekiranya anda tidak menerima e-Penyata atau perlu mengemaskini e-mel anda, sila hubungi kami atau lawati mana-mana cawangan Maybank/Maybank Islamic.

Untuk keterangan lebih lanjut, sila rujuk ke bahagian Soalan Lazim (Frequently Asked Questions - “FAQ”).

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan bantuan, sila hubungi talian Khidmat Pelanggan Kumpulan Maybank di 1 300 88 6688 atau +603 7844 3696.

Terima kasih kerana memilih Maybank/Maybank Islamic untuk keperluan perbankan anda.