Waktu Perkhidmatan bagi Pemindahan Telegraf Asing (FTT) Dilanjutkan
Click here for English
Pelanggan Yang Dihormati,
Kami ingin maklumkan bahawa waktu perkhidmatan bagi Pemindahan Telegraf Asing (FTT) dilanjutkan sehingga selepas waktu pasaran tutup. Kadar pertukaran akan dikira berdasarkan kepada hari transaksi tersebut dilakukan daripada jam 6.00 pagi sehingga 11.30 malam. Sila rujuk jadual di bawah untuk maklumat lanjut.
Untuk laman web Maybank2u, aplikasi MAE dan M2U Biz, waktu lanjutan baharu akan berkuat kuasa pada 2 Oktober 2023.
Waktu Perkhidmatan FTT | Waktu Semasa | Waktu Lanjutan Baharu | Waktu Transaksi Diproses |
---|---|---|---|
Isnin - Jumaat |
10.00 pagi sehingga 6.00 petang | 6.00 pagi sehingga 11.30 malam |
6.00 pagi sehingga 6.00 malam - Hari yang sama 6.01 pagi sehingga 11.30 malam - Hari bekerja berikutnya |
Sabtu & Ahad |
Tidak disediakan | 6.00 pagi sehingga 11.30 malam | Hari bekerja berikutnya |
Cuti Umum | Tidak disediakan | 6.00 pagi sehingga 11.30 malam | Hari bekerja berikutnya |
Sebarang pertanyaan lanjut, sila emel kami di mgcc@maybank.com.
Terima kasih.