Back

[DIKEMAS KINI] Transaksi tambahan yang memerlukan pengesahan melalui Secure2u pada aplikasi MAE

Click here for English.


Pelanggan Yang Dihormati,

Mulai 10 Julai 2023, transaksi-transaksi di bawah di dalam aplikasi MAE akan memerlukan pengesahan daripada Secure2u. Ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk meningkatkan tahap keselamatan perbankan pelanggan dalam talian, sejajar dengan pengumuman terkini Bank Negara Malaysia untuk mempertingkatkan usaha memerangi penipuan kewangan. Sila pastikan versi terikini MAE - 0.9.15.

Perkhidmatan

Transaksi

Pemindahan Kegemaran Kali Kedua dan seterusnya

• Pemindahan Pihak Ketiga

• Pemindahan GIRO

• Pemindahan 'DuitNow' ke 'Accounts'

•  Pemindahan ‘DuitNow’ melalui Nombor Telefon atau Kad Pengenalan


Secure2u kini hanya boleh diakses melalui aplikasi MAE. Anda tidak akan dapat menggunakan Secure2u untuk mengesahkan transaksi di aplikasi M2U MY. Sila muat turun aplikasi MAE dan aktifkan Secure2u untuk terus menggunakan ciri keselamatan ini.

Cara mengaktifkan Secure2u pada aplikasi MAE:

Langkah 1: Lancarkan aplikasi dan tekan 'Secure2u' di bawah Quick Actions

Langkah 2: Tekan ‘Activate Now’

Langkah 3: Sahkan nombor telefon bimbit anda dan masukkan Kata Laluan Satu Kali (OTP) yang diterima melalui SMS

Langkah 4: Masukkan nombor ID

Langkah 5: Sahkan nama peranti anda dan selesai!

Sila ambil perhatian bahawa tempoh pengaktifan bagi pengaktifan Secure2u melalui aplikasi MAE akan mengambil minima 12 jam bagi pengaktifan Secure2u untuk kali pertama atau untuk pengaktifan Secure2u pada peranti lain/baru. Dalam tempoh pengaktifan selama minima 12 jam ini, sebarang transaksi yang memerlukan pengesahan Secure2u tidak akan dibenarkan.


Cara menggunakan Secure2u:

Langkah 1: Log masuk ke aplikasi MAE atau laman web Maybank2u untuk melakukan transaksi

Langkah 2: Anda akan menerima notifikasi Secure2u melalui aplikasi MAE pada peranti anda yang berdaftar

Langkah 3: Buka notifikasi  dan klik sahaja untuk meluluskan atau menolak transaksi. Tiada log masuk tambahan diperlukan


Nikmati pengesahan yang lebih selamat dan pantas dengan Secure2u pada aplikasi MAE, dengan memuat turun aplikasi di sini:

Klik di sini untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Secure2u dan video panduan lengkap. Emelkan kepada kami di mgcc@maybank.com untuk pertanyaan lanjut.

Terima kasih.