Back

Ciri 'Kill Switch' baharu tersedia di aplikasi MAE dan laman web Maybank2u

Click here for English

Pelanggan Yang Dihormati,

Kami ingin memaklumkan anda tentang pengenalan ciri keselamatan perbankan dalam talian layan diri terkini – Kill Switch.

Sekiranya anda mengesyaki bahawa anda terkena scam, lindungi wang anda dengan menggunakan ‘Kill Switch’ untuk menyahaktifkan akses Maybank2u buat sementara waktu melalui aplikasi MAE atau laman web Maybank2u.

Sebaik sahaja akses Maybank2u anda dinyahaktifkan, anda akan dilog keluar secara automatik daripada semua sesi aktif pada aplikasi MAE, aplikasi M2U MY dan laman web Maybank2u. Ini untuk menyekat sebarang percubaan log masuk yang selanjutnya dan melindungi wang di dalam akaun anda.

Untuk menyahaktifkan akses Maybank2u melalui aplikasi MAE dan laman web Maybank2u, sila ikut langkah-langkah berikut:

Melalui laman web Maybank2u

Langkah 1: Log masuk ke www.maybank2u.com.my

Langkah 2: Pergi ke ‘SETTINGS’

Langkah 3: Klik ‘SECURITY’ dan pilih ‘Kill Switch’

Langkah 4: Di bawah ‘Deactivate M2U Access’, klik ‘DEACTIVATE’

Langkah 5: Baca terma dan klik ‘PROCEED’

Langkah 6: Klik ‘CONFIRM’ untuk teruskan

Melalui aplikasi MAE

Langkah 1: Buka aplikasi MAE dan tekan ‘More’

Langkah 2: Tekan ‘Kill Switch’

Langkah 3: Pilih ‘Deactivate M2U Access’

Langkah 4: Baca terma dan tekan ‘Deactivate Now’

Langkah 5: Tekan ‘Confirm’ untuk teruskan

Nota: Anda akan dilog keluar secara automatik daripada semua sesi aktif, sebaik sahaja akses Maybank2u anda dinyahaktifkan.


Soalan Lazim (FAQ)

  1. Saya dapati terdapat transaksi yang berlaku tanpa kebenaran saya. Apa yang harus saya lakukan?
    Jika terdapat transaksi yang mencurigakan / tidak sah atau anda mengesyaki bahawa anda telah terkena scam, gunakan ‘Kill Switch’ serta merta untuk menyahaktifkan akses Maybank2u anda. Anda juga mesti menghubungi Hotline Fraud Maybank di talian 03 5891 4744 untuk membuat laporan.
  2. Saya menggunakan Kill Switch baru-baru ini. Bagaimanakah cara untuk memastikan akses Maybank2u saya telah dinyahaktifkan?
    Sebaik sahaja anda menggunakan Kill Switch, penyahaktifan adalah serta merta. Anda akan menerima ‘Push Notification’ dan SMS yang memaklumkan bahawa akses Maybank2u anda telah dinyahaktifkan dan dilog keluar daripada semua sesi aktif. Sekiranya anda cuba untuk log masuk ke Maybank2u, mesej akan dipaparkan untuk memaklumkan bahawa akses Maybank2u anda telah dinyahaktifkan buat sementara waktu.
  3. Saya menerima Push Notification dan SMS yang memaklumkan bahawa akses Maybank2u saya telah dinyahaktifkan, tetapi saya tidak melakukannya. Apa yang harus saya lakukan?
    Sekiranya anda mengesyaki bahawa nama pengguna dan kata laluan Maybank2u anda telah dicuri, hubungi Hotline Fraud Maybank di talian 03 5891 4744 serta merta untuk mendapatkan bantuan.
  4. Bolehkah saya mengeluarkan wang tunai daripada akaun semasa tempoh penyahaktifan ini?
    Ya. Anda masih boleh mengeluarkan wang daripada ATM dan membuat pembelian menggunakan Kad Debit / Kredit fizikal Maybank sahaja. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa pengeluaran tunai tanpa kad / tanpa sentuh tidak boleh dilakukan semasa tempoh ini kerana anda perlu log masuk ke Maybank2u.
  5. Saya telah menetapkan transaksi berulang melalui Maybank2u. Adakah ia akan terjejas semasa tempoh penyahaktifan ini?
    Tidak. Sebarang transaksi berulang (‘recurring transaction’) atau arahan tetap (‘standing instructions’) tidak akan terjejas dan akan diteruskan seperti biasa.
  6. Saya mempunyai beberapa transaksi yang disimpan sebagai ‘Favourite’. Adakah ia akan terjejas jika saya menyahaktifkan akses Maybank2u.
    Tidak. Semua ‘Favourite’ yang telah disimpan akan dikekalkan tetapi anda tidak boleh menggunakannya sehingga akses Maybank2u anda diaktifkan semula.
  7. Saya ingin mengaktifkan semula akses Maybank2u. Apa yang harus saya lakukan?
    Anda perlu pergi ke cawangan Maybank atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Maybank (MGCC) di talian 1300 88 6688 untuk mengaktifkan semula akses Maybank2u anda. Klik di sini untuk mencari cawangan Maybank yang terdekat dengan anda.
  8. Bilakah saya boleh mula mengakses Maybank2u setelah pengaktifan semula?
    Sebaik sahaja pengesahan oleh MGCC atau pegawai cawangan Maybank berjaya, dan akses diaktifkan semula, anda boleh log masuk ke aplikasi MAE atau laman web/ aplikasi Maybank2u dengan serta merta dengan menggunakan nama pengguna dan kata laluan sedia ada. Walau bagaimanapun, kami amat menggalakkan anda untuk menetapkan semula kata laluan setelah anda berjaya mengaktifkan semula akses Maybank2u untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan akaun anda.
  9. Adakah saya masih boleh menerima wang melalui akaun Semasa/Simpanan ketika akses Maybank2u saya dinyahaktifkan?
    Ya. Anda boleh menerima wang melalui akaun Semasa/Simpanan seperti biasa.
  10. Apakah yang akan berlaku jika saya tidak mengaktifkan semula akses Maybank2u saya?
    Jangan bimbang, wang anda akan kekal di dalam akaun bank anda. Walau bagaimanapun, akses Maybank2u anda akan ditamatkan sekiranya anda tidak mengaktifkannya semula dalam tempoh 12 bulan. Anda perlu mendaftar untuk mendapatkan akses Maybank2u yang baharu di cawangan Maybank. Klik di sini untuk mencari cawangan Maybank yang terdekat dengan anda.

Terima kasih.