Back

Notis Penting: Kemas kini pelayar web anda untuk pengalaman perbankan dalam talian yang lebih selamat

Click here for English

Pelanggan Yang Dihormati,

Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk meningkatkan tahap keselamatan perbankan atas talian anda, kami amat menggalakkan anda agar mengemaskini pelayar web kepada versi terkini. Langkah ini penting untuk memastikan perbankan atas talian yang lebih selamat bagi melindungi anda daripada serangan siber. Sila ambil perhatian bahawa anda mungkin tidak dapat mengakses laman web Maybank2u sekiranya anda menggunakan pelayar web yang lama dan tidak dikemas kini.

Kami sarankan anda untuk mengemas kini pelayar web anda kepada versi terkini, seperti di bawah:

Pelayar

Versi

Chrome

52 ke atas

Edge

80 ke atas

Firefox

52 ke atas

Opera

39 ke atas

Safari

11.1 ke atas

Untuk lebih banyak tip keselamatan perbankan dalam talian, sila klik di sini atau emelkan kepada kami di mgcc@maybank.com untuk pertanyaan lanjut.

Terima kasih.


Soalan Lazim (FAQ)

  1. Adakah saya masih boleh mengakses Maybank2u dengan versi pelayar lama yang tidak memenuhi keperluan minimum?

    Tidak. Jika pelayar anda sudah lama, anda akan diminta untuk mengemas kini pelayar anda kepada versi terkini. Setelah dikemaskini, anda boleh log masuk seperti biasa.

  2. Apakah yang perlu saya lakukan jika pelayar web pada komputer riba saya tidak dapat dikemaskini lagi?

    Anda boleh menggunakan aplikasi MAE pada telefon mudah alih anda untuk melakukan transaksi. Aplikasi MAE tersedia untuk dimuat turun di sini:

    Apple App Store

    Google Play Store

    Huawei AppGallery

  3. Saya telah log masuk ke akaun Maybank2u saya dan sesi berjalan perlahan. Apa yang boleh saya lakukan?

    Pelayar web yang sudah lama boleh mengakibatkan perkhidmatan tergendala semasa menggunakan laman web Maybank2u. Kami sarankan pelayar web anda dikemas kini dengan versi yang terbaru seperti yang dinyatakan dalam jadual di atas.

  4. Mengapa saya perlu mengemas kini pelayar web saya?

    Mengemas kini pelayar anda kepada versi terkini membolehkan anda menikmati transaksi dalam talian yang lebih pantas untuk pengalaman perbankan atas talian yang lebih baik dan selamat. Pelayar web yang dikemas kini boleh menghindari daripada serangan siber.

  5. Bagaimanakah saya boleh menyemak sama ada pelayar web saya dikemas kini?

    Terdapat cara yang berbeza untuk pelayar web yang berbeza. Kami menyarankan agar anda pergi ke 'Tetapan' pada pelayar web pilihan anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.