Back

Pengumuman Penting: Penambahbaikan dan pengaktifan Secure2u melalui aplikasi MAE

Click here for English


Pelanggan Yang Dihormati,

Berkuat kuasa 26 September 2022, semua pengaktifan baharu Secure2u akan dipindahkan daripada aplikasi M2U MY ke aplikasi MAE. Penambahbaikan ini bertujuan untuk memberikan anda pengalaman perbankan dalam talian yang lebih selamat. Sekiranya anda masih menggunakan Secure2u pada aplikasi M2U MY, anda tidak perlu bimbang kerana anda masih boleh melakukan transaksi seperti biasa.

Mulai Oktober 2022, ciri Secure2u pada aplikasi MAE juga akan dinaik taraf dengan ciri keselamatan tambahan, iaitu tempoh pengaktifan 12 jam apabila anda mengaktifkan Secure2u pada peranti lain. Ini sebagai langkah untuk mengelakkan kelulusan transaksi tanpa kebenaran.

Oleh yang demikian, kami menyarankan anda untuk beralih ke aplikasi MAE yang juga dilengkapi dengan semua perkhidmatan M2U dan banyak lagi. Muat turun aplikasi MAE hari ini di:

Berikut merupakan langkah-langkah pengaktifan Secure2u:

Langkah 1: Log masuk aplikasi MAE dan klik  ‘More’

Langkah 2: Pergi ke ‘Settings’ pada bahagian atas skrin anda

Langkah 3: Klik ‘Maybank2u’ dan masukkan kata laluan anda untuk log masuk

Langkah 4: Aktifkan togol pada pilihan ‘Secure2u’ dan klik ‘Activate Now’ untuk mengaktifkannya

Langkah 5: Sahkan nombor telefon anda dan masukkan Kata Laluan Satu Kali (OTP) yang diterima melalui SMS

Langkah 6: Masukkan nombor ID, sahkan nama peranti dan mula luluskan transaksi!

Untuk maklumat lanjut dan video panduan lengkap, layari www.maybank2u.com.my atau emelkan kepada kami di mgcc@maybank.com untuk pertanyaan lanjut.