Beralih ke Secure2u pada aplikasi MAE untuk meluluskan transaksi JomPAY dan FPX
Click here for English
Pelanggan Yang Dihormati,
Untuk makluman anda bermula 6 Disember 2022, kaedah pengesahan untuk JomPAY dan FPX adalah seperti berikut:
Transaksi |
Secure2u |
SMS TAC |
---|---|---|
JomPAY |
✓ |
✕ (Tidak lagi tersedia) |
Pembayaran FPX |
✓ (BAHARU) |
✓ |
Sila beralih ke aplikasi MAE untuk meluluskan JomPAY dan pembayaran FPX melalui Secure2u.
Ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk meningkatkan tahap keselamatan perbankan dalam talian anda, sejajar dengan pengumuman terkini Bank Negara Malaysia untuk memerangi penipuan kewangan.
Cara-cara untuk mengaktifkan Secure2u pada aplikasi MAE:
Langkah 1: Buka aplikasi dan tekan ‘Secure2u’ pada bahagian Quick Actions
Langkah 2: Tekan ‘Activate Now’
Langkah 3: Sahkan nombor telefon bimbit anda dan masukkan Kata Laluan Satu Kali (OTP) yang diterima melalui SMS
Langkah 4: Masukkan nombor ID
Langkah 5: Sahkan nama peranti anda dan selesai!
Sila ambil perhatian bahawa tempoh pengaktifan 12 jam akan dikenakan apabila anda mengaktifkan Secure2u pada aplikasi MAE buat kali pertama atau mengaktifkan Secure2u pada peranti lain. Bagi mengelakkan pengesahan transaksi yang mencurigakan, anda hanya boleh mengesahkan transaksi menggunakan Secure2u setelah tempoh 12 jam tamat.
Cara-cara untuk menggunakan Secure2u:
Langkah 1: Log masuk ke aplikasi MAE atau laman web Maybank2u untuk melakukan transaksi
Langkah 2: Anda akan menerima notifikasi Secure2 melalui aplikasi MAE pada peranti anda yang berdaftar
Langkah 3: Buka notifikasi tersebut dan tekan sahaja untuk sahkan atau tolak transaksi, tidak perlu log masuk sekali lagi!
Sekiranya anda masih menggunakan Secure2u pada aplikasi M2U MY, anda masih boleh mengesahkan transaksi seperti biasa. Walau bagaimanapun, kami amat menyarankan agar anda beralih ke aplikasi MAE kerana ia juga mempunyai semua perkhidmatan Maybank2u dan banyak lagi. Muat turun aplikasi MAE di sini:
Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang Secure2u dan video panduan lengkap. Sebagai alternatif, emelkan kepada kami di mgcc@maybank.com untuk pertanyaan lanjut.