Back

Notis Penting: Lanjutan waktu perkhidmatan transaksi ASNB melalui laman web Maybank2u, aplikasi MAE dan ATM.

Klik di sini untuk Bahasa Inggeris.

Pelanggan yang dihormati,

Kami ingin memaklumkan bahawa waktu perkhidmatan ASNB akan dilanjutkan daripada enam (6) hari seminggu kepada tujuh (7) hari seminggu bermula 5 November 2022. Lanjutan perkhidmatan ini adalah untuk transaksi atas talian melalui laman web Maybank2u, aplikasi MAE app dan ATM sahaja:

No

Jenis Perkhidmatan

Waktu Perkhidmatan Semasa

Waktu Perkhidmatan Baharu

1

Lihat butiran Akaun ASNB

Ahad hingga Jumaat, pada bila-bila masa (kecuali Cuti Umum)

Isnin hingga Ahad, pada bila-bila masa (termasuk Sabtu & Cuti Umum)

2

Pindahan dana ke dana harga tetap ASNB

Ahad hingga Jumaat, 7 pagi hingga 7 petang (kecuali Cuti Umum)

Isnin hingga Ahad, 7 pagi hingga 7 petang (termasuk Sabtu & Cuti Umum)

3

Pindahan dana ke dana harga berubah ASNB

Ahad hingga Jumaat, 7 pagi hingga 4 petang (kecuali Cuti Umum)

Isnin hingga Ahad, 7 pagi hingga 4 petang (termasuk Sabtu & Cuti Umum)

Nota: Lanjutan waktu perkhidmatan ini tidak digunapakai untuk waktu perkhidmatan di cawangan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Khidmat Pelanggan Kumpulan Maybank di talian 1300-88-6688 (Malaysia) / +603-7844 3696 (Luar Negara), atau emel ke mgcc@maybank.com.my

Terima kasih.