Selain daripada scam emel dan SMS, QRishing atau Scam Kod QR, ialah sejenis pancingan data yang memperdaya pengguna dengan kod QR palsu. Scammer mencipta kod QR palsu yang kelihatan sahih, tetapi apabila diimbas, mereka membawa pelanggan ke:
- laman web palsu
- akaun individu/peniaga yang berbeza
- fail muat turun perisian hasad
Adalah menjadi tanggungjawab setiap insan untuk melindungi maklumat peribadi dan mengekalkan integriti sistem perbankan. Pastikan anda menyemak kesahihah kod QR dan pautan untuk melindungi diri anda daripada scam.