Back

Keldai Wang

Jika anda syak yang anda telah terkena scam, segera hubungi Hotline Fraud 24 jam Maybank di 03-5891 4744 atau Pusat Respons Scam Kebangsaan di 997 (8am - 8pm), setiap hari

EN BM

Apa itu akaun keldai?


Akaun yang bukan milik scammer tetapi scammer tersebut boleh menggunakannya untuk transaksi kewangan yang tidak sah sambil menyembunyikan identitinya.

Bagaimana scammer menggunakan akaun keldai?


  • Para scammer akan menghubungi mangsa sasaran melalui emel, chat, laman web dan media sosial untuk meyakinkan mereka menerima wang ke dalam akaun bank mereka
  • Mereka akan menarik perhatian mangsa dengan skim ganjaran wang yang lumayan sebagai pertukaran menggunakan akaun bank atau kad ATM mangsa
  • Scammer akan kemudiannya memindahkan wang haram ke dalam akaun mangsa (akaun keldai)
  • Kemudian, mangsa akan disuruh memindahkan wang tersebut ke dalam akaun keldai yang lain.
  • Apabila aktiviti ini dikesan, pemilik akaun keldai akan menjadi sasaran pihak berkuasa dan akan disiasat

Jangan jadi mangsa


  • Jangan benarkan akaun anda digunakan atau diuruskan oleh pihak ketiga atau individu yang tidak dikenali
  • Jangan kongsi butiran akaun perbankan anda seperti Nama Pengguna Perbankan Internet dan/atau Kata Laluan, Kad ATM, Nombor PIN atau TAC kepada pihak ketiga

Apa yang anda perlu lakukan jika menerima tawaran yang mencurigakan?


  • Semak nombor akaun penerima di laman web Semak Mule di http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ sebelum melakukan sebarang transaksi
  • Buat laporan polis dengan segara sekiranya butiran perbankan peribadi anda telah jatuh ke tangan scammer

Tindakan undang-undang boleh diambil terhadap pemegang akaun. Adalah menjadi tanggungjawab anda sendiri untuk melindungi akaun perbankan anda.