Langkah 1: Anda nampak iklan dalam talian

Iklan-iklan seperti perkhidmatan pembersihan yang murah, promosi perayaan, tawaran melancong dan banyak lagi. Scammer akan menyamar sebagai perniagaan sah untuk menarik perhatian anda.
Langkah 2: Anda menghubungi iklan tersebut

Scammer akan cuba bersembang dengan anda melalui media sosial dan aplikasi chat yang lain.
Langkah 3: Mereka meminta anda memuat turun aplikasi melalui pautan atau fail .apk

Kemudian, mereka meminta anda memuat turun aplikasi melalui dokumen yang dilampirkan atau pautan untuk membuat tempahan atau pembayaran. Ini adalah aplikasi scam (fail .apk)!
Langkah 4: Anda membenarkan aplikasi scam mengakses mesej anda

Setelah memuat turun aplikasi scam tersebut, anda menekan ‘Benarkan’ di paparan yang muncul tanpa berfikir panjang. Paparan ini adalah untuk meminta kebenaran untuk melihat dan menghantar mesej. Ini akan menyebabkan scammer dapat mencuri SMS anda yang mengandungi nombor TAC/OTP.
Langkah 5: Anda membayar dan log masuk tanpa mengesahkan imej dan frasa keselamatan anda

Aplikasi scam ini akan membawa anda ke laman pembayaran palsu yang akan menghantar nama dan kata laluan pengguna anda terus kepada scammer.
Langkah 6: Aplikasi scam menghantar nama pengguna, kata laluan dan SMS TAC anda kepada scammer

Scammer akan dapat mencuri wang dalam akaun anda pada bila-bila masa.
Nota: Walaupun scammer telah mempunyai akses kepada semua butiran perbankan anda, mereka mungkin tidak akan bertindak segera. Mereka boleh memilih untuk mencuri semua wang dalam akaun bank anda setelah anda menerima sejumlah wang yang besar.