Back

HUBUNGAN LANCAR DENGAN eSIM PERANTAUAN

Bayar melalui Maybank2u Online Banking dan nikmati hubungan mudah di lebih 97 negara.

EN BM

Apa itu eSIM perantauan?


eSIM perantauan merupakan SIM digital yang dipasangkan pada peranti anda (tidak perlu SIM kad fizikal). Ia membolehkan anda dihubungkan ke rangkaian lokal di luar negara serta-merta, jadi anda boleh gunakan data dan terus berada dalam talian ketika merantau.

BELI ESIM ANDA SEKARANG

Faedah eSIM perantauan


Dengan eSIM perantauan kami, anda kini boleh bercuti dengan mudah dan kekal berhubung tidak kira di mana jua anda berada.

  • eSIM boleh digunakan di 97 negara di seluruh dunia
  • Pasangkan eSIM anda dalam beberapa minit sahaja!
  • Nikmati data tanpa had ketika bercuti (untuk pelan terpilih sahaja)
  • Sambungan ke rangkaian lokal sebaik anda mendarat

Cara pembelian


Ikuti langkah mudah berikut untuk membeli eSIM anda:

Langkah 1: KLIK DI SINI UNTUK BERMULA

Langkah 2: Pilih negara destinasi yang anda mahu gunakan eSIM tersebut

Langkah 3: Pilih pelan yang bersesuaian dan tempoh penggunaan eSIM

Langkah 4: Masukkan alamat e-mel dan nombor telefon anda

Langkah 5: Lakukan pembayaran melalui Maybank2u dan selesai!

Untuk sebarang masalah berkenaan pemasangan eSIM, ketersambungan data atau pembayaran, anda boleh hubungi Pasukan Sokongan Pelanggan Roamin melalui:

Chat Whatsapp 24 Jam: +6011 5758 5608

E-mel: hello@roamin.global

Nota: Tertakluk pada terma & syarat lain Roamin

Dapatkan eSIM perantauan melalui aplikasi MAE


Langkah 1: Lancarkan aplikasi MAE

Langkah 2: Cari ciri ‘Travel eSIM’ di bawah:

  • ‘Featured’ di laman utama aplikasi MAE atau
  • Tekan ‘View All’ di bawah ‘Quick Actions’, dan pergi ke tab ‘Recommended for you’ atau tab ‘Travel’.

Cara memasang eSIM perantauan


Ikuti langkah berikut untuk memasang eSIM perantauan pada peranti anda:

Peranti Android

Peranti Apple (iPhone)

Pemasangan eSIM memerlukan Samsung Android 10+ dan ke atas

1.Buka ‘Settings’ > ‘Connections’ > ‘SIM Manager’/ ‘SIM Card Manager’

2.Pilih ‘Add eSIM’ atau ‘Add Mobile Plan’

3.Pilih ‘Scan QR code from service provider’

4.Gunakan kamera anda untuk imbas kod QR eSIM

5.Tekan ‘Add’ > Pasang untuk aktifkan

6.Pergi ke ‘Mobile Data settings’ dan aktifkan ‘Mobile Data’ dan ‘Data Roaming’

Pemasangan eSIM memerlukan iOS 14 dan ke atas

1.Buka ‘Settings’ > ‘Mobile Service/Cellular’

2.Tekan ‘Add eSIM’ atau ‘Add Cellular’

3.Imbas kod QR eSIM anda

4.Tekan ‘Continue’ kemudian ‘Activate’ (tunggu untuk pengaktifan)

5.Label eSIM anda untuk kemudahan (tidak wajib)

6.Dalam ‘Cellular/Mobile Data Settings’, tetapkan eSIM sebagai ‘Default Data Line’

7.Pasangkan ‘Data Roaming’

8.Berikan maklumat asas anda (jika diminta oleh pembekal pelan)

Soalan Lazim


  1. Apa itu eSIM perantauan ?

    eSIM perantauan merupakan SIM digital yang dipasangkan pada peranti anda (tidak perlu SIM kad fizikal). Ia membolehkan anda dihubungkan ke rangkaian lokal di luar negara serta-merta, jadi anda boleh gunakan data dan terus berada dalam talian ketika merantau.

  2. Di negara mana saya boleh guna eSIM perantauan?

    eSIM perantauan rakan niaga kami boleh digunakan di 97 negara destinasi popular serata dunia. Untuk senarai penuh negara, klik di sini.

  3. Bagaimana cara untuk membeli eSIM perantauan melalui Maybank2u?

    Anda boleh membeli eSIM perantauan terus dari kami. Hanya ikuti langkah berikut:

    Langkah 1: Layari https://mae.roamin.global

    Langkah 2: Pilih negara destinasi yang anda mahu gunakan eSIM tersebut

    Langkah 3: Pilih pelan yang bersesuaian dan tempoh penggunaan eSIM

    Langkah 4: Masukkan alamat e-mel dan nombor telefon anda

    Langkah 5: Bayar melalui Maybank2u dan selesai!

Untuk Soalan Lazim penuh, klik di sini.