Perubahan Pengurusan Kutipan Zakat dan Wakaf Tunai MAIPk di Perak kepada ZAPAR
Pelanggan Yang Dihargai,
Dimaklumkan bahawa berkuat kuasa 1 April 2026, semua urusan bayaran zakat dan kutipan wakaf tunai bagi Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) akan diuruskan oleh Zakat Perak Al-Ridzuan Sdn Bhd (ZAPAR), sebuah syarikat milik penuh MAIPk.
Sejajar dengan perubahan ini, semua transaksi berkaitan “Pay Bills” dan Akaun Kegemaran di bawah MAIPk tidak lagi tersedia mulai 1 April 2026.
Pelanggan adalah dinasihatkan untuk memilih ZAPAR semasa membuat bayaran zakat serta mendaftarkan Akaun Kegemaran baharu bagi tujuan pembayaran bil.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak ZAPAR secara terus.
Sekian, terima kasih.